Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'
Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
1. Lelaki beranak
Berita ini memang benar tetapi kisah di sebaliknya memang tiada yang pelik dan memang perkara yang normal. Ini kerana lelaki tersebut pada asalnya memang seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang sepenuhnya seorang wanita tetapi menjalani terapi testeron untuk mengubah rupa bentuk fizikal luarannya sehingga kelihatan sepenuhnya seperti lelaki. Dia adalah seorang transgender lelaki. Namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mengubah alat kelaminnya walaupun dia sudah memiliki fizikal lelaki, sebelum hamil. Suami si trangender lelaki pula pada asalnya adalah seorang lelaki sejati bagaimanapun berkata dia tidak mahu dirinya dikenali dengan sebarang jantina.
Wanita asal Finland ini telah menjalani rawatan hormon untuk berpenampilan seperti seorang lelaki, menjadi transgender lelaki pertama yang melahirkan anak. Wanita tersebut memutuskan untuk menghentikan rawatan hormon sebelum dia dapat mengandung. Bayi yang dilahirkan seberat hampir 4kg namun tidak ingin menceritakan perihal bayi tersebut dengan lebih lanjut cuma menyatakan bayi dalam keadaan cukup sifat dan sangat sihat.
Terdapat banyak juga kes yang hampir sama dengan kejadian lelaki beranak seperti diatas tetapi semua pada asalnya adalah sememangnya seorang wanita kerana walaupun berlaku perubahan dari segi fizikal luaran namun kebanyakkan transgender lelaki ini tidak mengubah alat kelaminnya.
2. Kuda laut Jantan beranak
Penetasan berlaku di antara dua dan empat minggu selepas persenyawaan dimana sekitar 50 hingga 1,000 ekor bayi kuda laut dilahirkan yang berlansung selama 12 jam.
Bayi kuda laut akan dihayutkan oleh plankton di lautan sekitar dua hingga tiga minggu mendedahkannya kepada bahaya di sekitarnya. Dianggarkan dari 1,000 yang dilahirkan cuma seekor yang bertahan sehingga dewasa.
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 1.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 2.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 3.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 4.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 5.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 7.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 8.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 9.html
Ulasan
Catat Ulasan