Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'
Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
1. Ayam betina menghasilkan telur tanpa ayam jantan
Telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam telur biasanya adalah telur yang tidak disenyawakan ini kerana ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telur yang kita makan.
Seperti kebanyakkan haiwan peringkat tinggi, ayam betina mempunyai ribuan ovum dalam ovarinya. Ayam dewasa yang sedia untuk bertelur (berusia lebih kurang 6 bulan) akan mempunyai beberapa ovum yang mula berkembang (mature) untuk menjadi sesuatu yang dipanggil kuning telur. Setiap ovum ini terkandung dalam lapisan folikelnya sendiri.
Apabila ovum yang berkembang ini sedia untuk melalui fasa berikutnya, ia akan dibebaskan ke saluran oviduct melalui infundibulum (macam ovum dilepaskan ke tiub falopio dalam manusia).
Di sepanjang saluran inilah selalunya persenyawaan akan terjadi jika terdapat ayam jantan yang melepaskan spermanya ke dalam cloaca ayam betina. Namun, tanpa persenyawaan dengan sperma, kuning telur tetap berkembang menjadi sebiji telur. Kuning telur ini akan bergerak disepanjang oviduct. Ia akan mula disaluti albumin yang kita kenali sebagai putih telur. Membran luar yang poros tetapi utuh mengelilingi telur. Telur seterusnya akan disaluti dengan lapisan kulit kalsium yang keras di uterus. Telur yang telah lengkap akan dikeluarkan dari uterus melalui cloaca.
Jika dilihat dengan mata kasar tidak ada bezanya telur yang disenyawakan atau tidak. Telur yang tidak disenyawakan adalah tidak mungkin menetas berbanding dengan telur yang melalui proses persenyawaan. Tapi, jangan risau jika dapat telur yang disenyawakan. Ia mengambil masa 2-3 minggu sebelum menetas.
Jadi, jika kebetulan telur ayam yang anda beli di pasaran itu menetas memang sesuatu yang luarbiasa kerana pada kebiasaannya telur yang dijual di pasaran adalah telur yang tidak disenyawakan dengan kata lain telur yang tidak disenyawakan akal kekal menjadi telur sehingga anda memasaknya dan tidak akan menetas menjadi anak ayam sekalipun anda mengeramnya dalam tempoh yang lama.
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 1.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 2.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 3.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 4.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 5.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 7.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 8.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 9.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/merungkai-misteri-setiap-persoalan-10.html
Ulasan
Catat Ulasan