Pengeluran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 benar atau tidak

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata 'Jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Listeri 2.0 pada kadar separuh daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini bagi membantu rakyat terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, ia masih boleh mengawal kesan pelaburan dan pulangan KWSP'.

Pakar Ekonomi Asia e Universiti, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19. Kelonggaran tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjam wang haram. Selain itu beliau turut berkata, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang kita tengah hadapi kesusahan dan keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, KWSP masih mampu untuk mengeluarkan simpannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat bagi membantu golongan benar-benar memerlukan. "Namun, kita harus meneliti juga kerana kebanyakkan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakkan mereka kurang daripada RM1,000. Oleh itu, matlamat kena tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka, ia lebih memberi manfaat kepada golongan M40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan mengikut baki pinjaman yang ada". Bagaimanpun, beliau berkata, bantuan i-Sinar dan i-Lestari ini bukanlah bantuan yang begitu tepat kerana ia mengambil duit daripada simpanan rakyat sendiri yang akan menjejaskan masa depan kerana ia digunakan untuk menyelesaikan masalah pada ketika ini. Kalau nak selesaikan masalah, kita kena cari penyelesaian lain yang betul-betul unggul dan tepat. Jika i-Sinar masih diteruskan, ia mestilah tersasar bagi orang yang betul-betul memerlukan bersama matlamat seperti memulakan perniagaan.

Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming menjelaskan, isu terbesar ketika ini bukanlah pembukaan i-sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 tetapi sama ada akaun KWSP golongan B40 masih mencukupi atau tidak. Beliau berpandangan bahawa perkara utama yang harus diberi perhatian oleh kerajaan adalah pembukaan semula ekonomi pada akhir bulan ini supaya peniaga boleh membuka perniagaan semula. Buat masa ini, progres pemulihan masih belum dilihat. Tanpa pelan menyeluruh, ada kemungkinan PKP 4.0 diperlukan dan jika ini berlaku, apa-apa bantuan yang kerajaan mampu beri pun tidak akan mencukupi.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul mengaku dia tidak dapat hadir dalam sesi Zoom yang dianjurkan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memberi fokus kepada i-Sinar dan i-Lestari. Namun beliau berkata 'ingin saya tekankan bahawa kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan'.

KWSP dalam satu kenyataan menafikan dakwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang disebarkan akhir-akhir ini. 

"Ini adalah mesej palsu yang tersebar melalui applikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021".

"Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahli hingga 30 Jun 2021. Bagi melancarkan urusan permohonan berkenaan, ahli digalakkan untuk mendaftarbnomber telepon bimbit masing-masing di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui applikasi atau portal i-Akaun.

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah warganet menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total lockdown ini.

Belum ada sebarang berita terbaru yang mengesahkan pengeluaran i-sinar 2.0 dan i-Lestar 2.0 jadi sama-sama kita tunggu berita seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki