koleksi mistik penarik rezeki

Tidak dinafikan setiap koleksi barangan mistik dipercayai mempunyai beberapa kelebihan dan keindahan yang tersendiri tetapi semuanya dengan keizinan Tuhan. Kebanyakkan barangan mistik ini berasal dari sumber alam seperti batu, kayu, besi dan sebagainya.

Tetapi kita sebagai manusia harus juga ada ikhtiar. Jika niat kita baik akan mendatangkan kebaikan akan tetapi jika niat kita jahat maka jauhilah kerana semuanaya tiada faedah.

Buluh Dayang Bunting

Buluh Dayang Bunting
Penarik wang empat penjuru alam bagi melariskan perniagaan, ibu duit buat pemancing untuk mendapatkan hasil ikan yang banyak . Sifat buluh tersebut sentiasa bunting tapi tak beranak-anak (setiasa berisi tak luak-luak). 
Kulit Kerbau Landoh

Kulit kerbau landoh
Dipercayai sangat susah dicari terutama bagi orang biasa. Kebanyakkan yang dijual sekarang adalah palsu kerana sangat susahkan untuk membezakan kulit kerbau landoh dengan kulit kerbau biasa. Kulit kerbau Landoh hanya bisa didapati dari orang tua yang telah diwariskan secara turun-temurun. Tidak ada pantang larang atau acara khusus bagi pemiliknya. Kebaikannya adalah boleh melancarkan usaha pemiliknya dan akan selalu untung besar.

Buluh Bertemu Ruas

Buluh bertemu ruas
buluh bertemu ruas dipercayai digunakan sebagai pelaris diri, perniagaan dan untuk mendapatkan kewibawaan. Selain itu buluh bertemu ruas digunakan untuk menundukkan ilmu hitam kerana  buluh ini merupakan senjata bagi membatalkan santau dan ilmu hitam. Susah untuk mendapatkan yang asli kerana kebanyakkan yang dijual sekarang adalah yang palsu. Cara untuk memastikan sama ada asli atau palsu ialah masakkan buluh dengan air panas jika tidak tetanggal maka buluh bertemu ruas adalah asli kerana kebanyakkan penjual menggunakan gam untuk menyambungkan beberapa bahagian dan pada kebiasaannya gam tidak tahan air panas.

Obsidian Ganesha India Elephant dan Money Coin Amulet Luck Charm

Obsidian Ganesha India Elephant and money coin amulet luck charm
Dipercayai untuk nasib baik, kekayaan dan banyak lagi kebaikannya. Pastikan jangan biarkan orang lain memegangnya kecuali si pemakai, pasangannya atau sesiapa sahaja yang mempunyai perhubungan darah. Terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi oleh pemakainya salah satunya ialah paling penting jangan gunakan untuk perjudian, dan banyak lagi. Sudah di diberkati oleh pihak tokong tempatan jadi pemakainya mesti menghormati kesuciannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'