Pokok buluh rebung madu pelbagai kegunaan

Pokok buluh rebung madu merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pokok buluh boleh dijadikan perhiasan, buluh dijadikan perabot manakala pucuk muda buluh boleh dimakan. 

Pucuk muda buluh dipanggil rebung. Terdapat pelbagai jenis pokok buluh dan antara pokok buluh rebung yang menjadi pilihan ramai ialah pokok buluh rebung madu .

Buluh rebung madu atau juga dikenali sebagai Gigantochloa albociliata merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya juga semakin berkembang. Pokok Buluh madu dipercaya berasal dari China sebagai tanaman hiasan. Mula ditanam secara komersial di Perlis dan kini terdapat di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang.

Pokok buluh rebung madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan mudah diselenggarakan untuk mendapatkan hasil yang berterusan dan lumayan. 

Pokok buluh rebung madu tidak miang seperti kebiasaan yang terdapat pada pokok buluh lain. Rebung madu mempunyai rasa lebih lemak dan manis berbanding dengan  rebung liar. Rebung madu boleh dimasak untuk pelbagai hidangan selain itu rebung madu boleh dijadikan jeruk manisan, kerepek, dan tepung. 

Buluh pula tahan lasak dan amat sesuai dijadikan kraftangan, pencungkil gigi, perabot rumah, peralatan dapur, perhiasan, dan dijadikan arang bakar. 

Selain itu pokok buluh boleh dijadikan landskap kerana tumbuhan ini mempunyai saiz batang sederhana, tumbuh kemas dan senang diuruskan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'