Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi'

Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Pintu ke Neraka Derweze

Derweze bererti pintu gerbang dalam bahasa Turkmen, sehingga penduduk setempat menggelar kawah yang terbakar "Pintu Ke Neraka". Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260km ke utara Ashgabat.

Bawah tanah Derweze kaya dengan gas asli. Pada tahun1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa lubang bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelatar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar 70meter (230kaki) dan kedalaman 20 meter (65.5kaki) yang memuntahkan metana ke atmosfera. 

Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut dengan melemparkan bom tangan ke dalam lubang, dengan jangkaan bahan bakar akan habis dalam seminggu. Namun, lebih dari empat dekad berlalu kawah tersebut masih terbakar sehingga sekarang. Penduduk tempatan telah menamakan kawah ini sebagai Pintu ke Neraka.

Bapa Api Baba Gugur

Di ladang minyak besar yang terletak berhampiran bandar Kirkuk di Iraq Utara, api terus membakar di atas tanah kecil di medan minyak. Api-api ini, yang dikatakan telah membakar 4,000 tahun, dikenali sebagai kebakaran Abadi Baba Gurgur yang bermaksud "Bapa Api" dalam bahasa setempat. Bidang minyak Gugur dikenal sebagai yang terbesar di dunia pada saat penemuannya pada tahun 1927 sebelum penemuan medan minyak Ghawar di Arab Saudi pada tahun 1948.

Menurut kepercayaan penduduk disana seperti yang tertulis dalan Kitab Suci, Raja Babel melemparkan tiga orang Yahudi kerana menolak untuk menyembah berhala emas. Namun tidak kurang juga para gembala disana menggunakan api abadi untuk menghangatkan diri selama musim dingin. Malah ada terdapat segelintir orang yang datang ke api abadi untuk membuat hajat supaya dapat anak lelaki.

Namun, para ilmuan menerangkan sebab berlakunya kejadian api abadi. Pada tahun 1927, syarikat Petroleum Turki mula-mula menemui minyak di tapak tersebut dan proses pengeboran minyak tetapi menjadi bencana besar-besaran ketika ribuan barel minyak menyembur keluar membanjiri padang pasir dan mengancam penduduk setempat.  Memerlukan tempoh 10 hari untuk menutup sumur tersebut bagi mengelakkan keadaan yang lebih parah namun kesan masih dialami oleh penduduk setempat. Malah menyebabkan penyemaran udara dan air termasuk kerosakan alam sekitar terutama apabila hari hujan, minyak turun ke sungai mencemarkan air yang bersih yang digunakan oleh masyarakat setempat.

Diketahui bahawa api Baba Gugur disebabkan oleh gas alam dan nafta yang merembes melalui retakan di bebatuan yang ada di lokasi. Api yang dihasilkan terkadang kecil, terkadang pula meningkat tinggi namun tetap tidak pernah padam. Api ini tidak mengeluarkan asap sedikitpun namun berbau sulfur yang sangat pekat. Jika pengunjung yang bercadang untuk melawat kesana mereka dinasihatkan untuk peka dengan keadaan angin disana kerana takut pengunjung akan mengalami sesak nafas kerana terhidu gas beracun yang dikeluarkan.

Api abadi Mrapen

Api abadi Mrapen terletak di Desa Manggarmas, Kecamatan Godong, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah Indonesia merupakan geologi alam yang cukup langka berupa keluarnya gas alam dari dalam perut bumi sehingga menciptakan api yang tidak pernah padam sejak berabad-abad lamanya.

Menurut legenda, saat itu Sunan Kalijaga dan para pengikutnya tengah beristerihat dari perjalanan panjang. Suasana di sana sangat dingin, Sunan Kalijaga kemudian meletakkan tongkatnya ke tanah, menariknya keluar dan menyalakan api untuk menghangatkan mereka.

Api Abadi Mrapen dimanfaatkan untuk pelbagai ritual suci seperti perayaan Hari waisak. Malah terdapat juga para pengunjung datang untuk membuat hajat mereka. Terdapat juga acara pesta olahraga Internationall Ganefo pada tahun 1963 dan Asian Games 2018 dimana api abadi Mrapen digunakan untuk membakar obor dalam Pesta tersebut.

Namun pertama kalinya dalam sejarah, pada Jumaat, 25 September 2020, Api Mrapen tiba-tiba padam. Mengejutkan banyak pihak, Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo mengirimkan ahli khusus untuk melakukan penyelidikan. Adakah kerana sumber daya yang ada didalamnya habis atau ada pengaruh eksploitasi dimana terdapat aktiviti pengeboran untuk mencari sumber mata air di dekat lokasi sebelum api abadi Mrapen ini padan sepenuhnya. Namun masih belum dapat disahkan kepada penyebab terpadam Api Abadi Mrapen.

Namun hasil usaha yang dilakukan oleh Gabenor Jawa Tengah atas bantuan dari Dinas Energi dan Sumber Daya Mineral Provinsi Jawa Tengah dan ahli-ahli geologi Api Abadi Mrapen berjaya dinyalakan semula. Api Abadi Mrapen padam secara mengejut sebelum ini kerana berlaku bocor halus di beberapa titik. Beliau meminta warga sekitar kawasan Api Abadi Mrapen tidak melakukan pengeboran tanah secara sebarangan, dimana aktiviti pengeboran harus dilakukan atas izin dari Pemerintah Kabupaten Grobogan. Bagi mengelakkan Api Abadi Mrapen padam lagi. Beliau mengatakan bahawa Api Abadi Mrapen adalah salah satu aset yang perlu dijaga dan berharap dapat mendatangkan menfaat bagi warga sekitar ditambah dengan banyak acara yang muncul, Sport tourism dan kegiatan bisa aktif kembali di sana.

Jangan lupa untuk membaca:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki