Merungkai misteri setiap persoalan 13 'Bumi bulat atau mendaftar'

Merungkai misteri setiap persoalan 13 'Bumi bulat atau mendaftar' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Burj Khalifa bangunan tertinggi di dunia

Bangunan Burj Khalifa yang dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m (2,717ft) yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 billion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 billion. Majoriti pekerja binaan Burj Khalifa didatangkan dari India, Pakistan, Bangladesh, China dan Filipina dengan gaji sekitar AS$7.60/ hari.

Nama asal Burj Khalifa adalah Burj Dubai, dimajukan syarikat hartanah terkenal, Emaar pada 2004  dan siap pada 2009 ketika Dubai berdepan krisis kewangan global. Kerajaan Abu Dhabi kemudian memberi bantuan pinjaman kewangan kepada Dubai bagi pembinaan Burj Dubai dan bagi menghargai bantuan itu, ia kemudian dinamakan Burj Khalifa bagi mengenang jasa jasa Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahya. Burj Khalifa dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.

Seni Bina dan reka bentuk bangunan Burj Dubai dibuat oleh Skidmore, Owing dan Merril yang juga telah merekabentuk bangunan Menara Willis di Chicago dan Freedom Tower di New York. Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi . Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam islam.

Bahagian dalam dihiasi oleh Pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartment persendirian bermula di tingkat 64. Semua apartment ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. Pejabat korporat diperuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78. 

Harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi atau lebih AS$43,000 semeter persegi, lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).

Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.

Burj Khalifa juga bersambung dengan pusat beli belah terbesar dunia, Dubai Mall yang memiliki 1,400 kedai menawarkan pelbagai barangan. Di aras bawah Dubai Mall turut menempatkan Dubai Aquarium yang juga antara terbesar di dunia.

Melengkapkan lagi pemandangan indah di sini, terdapat pancuran air Dubai (Dubai Fountain) di kaki bangunan Burj Khalifa yang dihiasi semburan air setinggi 500 kaki dan cahaya pelbagai warna mengikut rentak muzik pada waktu tertentu setiap hari yang menjadi tarikan pelancong.

Burj Khalifa mempunyai sistem lift yang paling laju di dunia iaitu pada kelajuan 64km/j @ 18 m/s @ 59 ft/s dan menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

Selain itu Burj Khalifa memegang rekod pertama didunia dengan beberapa ciri-ciri  utama seperti struktur pertama tertinggi dunia yang menyediakan ruangan perumahan, dek pencerapan luaran tertinggi di dunia, masjid terletak tertinggi di dunia yang terletak di tingkat 158, lif terpanjang perjalanan dan perkhidmatan tertinggi di dunia , dan pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512m (1,680 ft)

Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di willayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada Tahun 2004. Kedalaman pula 50meter ke dalam tanah.

Di Burj Khalifa, kita dapat mengamati matahari terbenam di lantai dasar, lalu naik ke atas dan menyaksikan matahari terbenam untuk kedua kalinya. Disebabkan menara Burj Khalifa tersangatlah tinggi, waktu berbuka puasa di menara itu perlu dibahagikan kepada 3 zon

Zon 1 mereka yang berada di aras bawah iaitu dari tingkat 60 ke bawah boleh berbuka puasa sama seperti mereka yang berada di luar menara itu. Zon 2 bagi mereka yang berada di antara tingkat 61 hingga 120 , waktu berbuka puasa dilambatkan selama 4 minit berbanding zon 1 dan sementara Zon 3 mereka yang berada di tingkat 121 dan ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan 6 minit berbanding mereka yang dibawah. 

Bahagian bawah masuk maghrib lebih awal berbanding bahagian atas. Ahli astronomi menjelaskan, matahari terbit lebih awal dan lewat terbenam pada kedudukan tinggi berbanding dengan lokasi yang sama di aras tanah. Demikian pula untuk berbuka puasa ini membuktikan bahawa bumi bentuknya bulat bukan mendatar sekaligus mematahkan pendapat beberapa orang yang mengatakan bumi berbentuk mendatar.

Jangan lupa untuk membaca:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki