cara mengesan wang kertas betul dan palsu paling cepat dan tepat
Wang kertas sangat diperlukan dalam melakukan aktiviti perniagaan dan pembelian, namun terdapat segelintir pihak yang tidak bertangjawab telah mengambil kesempatan dalam membuat urusan jual beli menggunakan mata wang palsu sehingga merugikan sesetengah pihak malah juga boleh menyebabkan pihak yang tidak bersalah berdepan dengan undang-undang kerana terpaksa bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa mereka sedari. Sindiket pengedaran wang palsu telah menganiaya banyak pihak yang tidak bersalah terutamanya para peniaga.
Sebagai langkah bijak dan selamat para peniaga harus peka dengan wang kertas yang diterima terutama mata wang bernilai RM20, RM50 dan RM100. Kini terdapat sejenis alatan yang dapat mengesan perbezaan wang betul dan palsu dengan sangat cepat dan berkesan. Saiz yang fleksibel dan mampu milik sangat berbaloi untuk para peniaga miliki.
Sebelum itu mari kita kenali wang kertas betul dan belajar cara untuk menggunakan alatan tersebut untuk memudahkan anda membuat perbandingan.
Semua mata wang kertas betul menggunakan Elemen Fluorescent dua warna untuk teks dan logo. Elemen Fluorescent yang terdapat pada wang kertas betul bersinar apabila terkena lampu UV(Ultraviolet). Pada kebiasaannya, wang palsu tidak ada Element Fluorescent untuk teks dan logo dan jika ada pantulan yang dihasilkan juga tidak cukup jelas dan kemas berbanding dengan wang kertas betul kerana kualiti yang digunakan oleh yang wang kertas betul sangat tinggi sehingga amat mustahil untuk ditiru oleh sindiket mata wang palsu. Lampu Uv sangat berguna dan sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana lampu UV boleh didapati dengan senang dan murah.
Ulasan
Catat Ulasan