Merungkai misteri setiap persoalan 15 'Tempat pembiakan mayat'
Merungkai misteri setiap persoalan 15 'Tempat pembiakan mayat' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
Tempat pembiakan mayat
Tempat pembiakan mayat "Body Farm" merupakan sebahagian dari Pusat Antropologi Forensik Texas State Universiti, dikenali "The Freeman Ranch" yang didirikan oleh Harold M. "Harry" Freeman dan saudaranya Joe pada tahun 1941 di Texas, Amerika Syarikat. Kawasan pembiakan mayat ini seluas 3,500 hektar di mana terdiri daripada sekitar 100 mayat didermakan setiap tahun.
Tujuan utama tempat pembiakan mayat ini diperkenalkan adalah untuk mempelajari dan mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana proses tubuh manusia membusuk dan terurai setelah mati. Ini secara lansung sangat membantu di dalam proses siasatan berkaitan dengan kes jenayah. Melalui kajian yang dibuat, sains forensik dan pihak polis dapat mengetahui tentang jenayah yang berlaku melibatkan mayat yang ditemui.
Biasanya mayat yang diperolehi untuk ditempatkan di The Freeman Ranch adalah datang dari penyumbang keluarga si mati, sukarelawan yang menawarkan diri selepas kematian mereka dan juga pelbagai sumber dimana mayat tidak dikuburkan sebaliknya di letakkan secara terbuka di sebuah tanah lapang untuk diteliti.
Kajian dilakukan terhadap mayat di beberapa tahap yang berbeza melibatkan penelitian kesan dari keadaan cuaca yang berbeza, keadaan tanah dan lokasi dimana proses pembusukan tubuh manusia. Mayat sama ada akan di tempatkan secara terbuka dimana dapat diakseskan oleh binatang liar atau disimpan di dalam kadang dimana tidak dapat diakses oleh binatang liar. Selain itu beberapa faktor lain diambil kira seperti proses pembusukan tubuh mayat disebabkan bakteria dan serangga.
Proses kajian yang dilakukan di The Freeman Ranch memiliki sistem keselamatan yang tinggi serta selalu dalam pengawasan yang ketat dari pihak berkaitan namun terbuka untuk orang ramai untuk berkunjung bagi melihat sendiri keadaan disana. Malah para pengunjung berpendapat bahawa kajian yang dilakukan merupakan hal yang sangat berguna untuk dunia forensik.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengikut keadaan situasi yang berbeza dimana mayat akan disimpan dalam kenderaan yang berbeza jenis atau ditenggelamkan di dalam air dan banyak lagi, tujuannya cuma satu iaitu bagi mendapatkan data yang lebih baik dan terperinci tentang apa yang berlaku keatas mayat dari mula kematian sehingga mayat menjadi kering.
Selain The Freeman Ranch yang terletak di Universiti di Texas Amerika Syarikat, terdapat juga beberapa tempat pembiakan mayat di seluruh dunia seperti di Kanada, Australia, india dan United Kingdom. Dan biasanya tempat pembiakan mayat dikelolakan oleh pihak universiti bagi memudahkan mereka melakukan kajian.
Jangan lupa untuk membaca:
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 1.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 2.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 3.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 4.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 5.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/07/Merungkai misteri setiap persoalan 6.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 7.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 8.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/Merungkai misteri setiap persoalan 9.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/merungkai-misteri-setiap-persoalan-10.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/06/merungkai-misteri-setiap-persoalan-11.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/07/merungkai-misteri-setiap-persoalan-12.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/07/merungkai-misteri-setiap-persoalan-13.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/07/merungkai-misteri-setiap-persoalan-14.html
Ulasan
Catat Ulasan