Merungkai misteri setiap persoalan 16 'Kembar Siam'

Merungkai misteri setiap persoalan 15 'Kembar Siam' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.

Bayi kembar siam

Kembar siam ialah keadaan dimana bayi kembar mempunyai bahagian tubuh yang menyatu atau saling menempel antara satu sama lain. Kelahiran bayi kembar siam tergolong dalam kondisi yang langka. Selain manusia binatang juga bisa melahirkan kembar siam.

Kebiasaannya bayi kembar siam berpotensi meninggal ketika masih dalam kandungan atau meninggal saat dilahirkan, tidak kurang juga yang hidup dalam tempoh masa tertentu. Namun tidak dinafikan mereka yang dilahirkan kembar siam akan berpotensi mengalami beberapa masalah kesihatan, misalnya skoliosis dan cerebral  palsy yang memerlukan penjagaan yang rapi. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan bagi mencegah sebarang komplikasi yang mengancam nyawa bayi kembar siam.

Terdapat juga bayi kembar siam yang dapat dipisahkan. Setelah lahir, bayi kembar siam akan diperiksa secara menyeluruh oleh doktor bagi menentukan kaedah operasi pemisahan yang tepat. Kebiasaannya prosedur ini dilakukan setelah bayi berusia 1 tahun atau lebih. 

Namun tidak dinafikan beberapa faktor yang harus diambil kira seperti organ-organ dalaman bayi kembar siam, tahap kesihatan bayi kembar siam, tingkat keberhasilan operasi pemisahan, rekonstruksi selepas selesai operasi pemisahan, jenis rawatan dan bantuan yang diperlukan selepas operasi, dan gangguan kesihatan yang mungkin dialami selepas operasi pemisahan dilakukan.

Tidak semua bayi kembar siam dapat dipisahkan terutama bayi kembar siam yang berkongsi beberapa organ penting atau orang tua bayi tidak mengizinkan bayi kembar siam mereka di pisahkan. Ada juga kembar siam yang tidak dapat dipisahkan kerana zaman era mereka dilahirkan belum ada peralatan perubatan yang moden dan juga faktor ekonomi.

Kembar siam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Thoracopagus - Bayi kembar siam saling menyatu di bahagian dada di mana mereka hanya memiliki satu jantung, satu hati dan usus.
  • Omphalopagus - Bayi kembar siam saling menyatu di bahagian perut. Bayi kembar siam ini berkongsi hati, usus halus bahagian bawah dan usus besar.
  • Pygopagus - Bayi kembar siam ini menyatu di bahagian punggung bawah dan bokong. Kebiasaannya mereka berkongsi saluran pencernaan, alat kelamin dan organ kencing.
  • Craniopagus - Bayi kembar siam ini menyatu di bahagian tempurung kepala tetapi memiliki otak yang berbeza. Bayi kembar siam ini juga mempunyai bahagian tubuh yang berasingan.
  • Ischiopagus - Bayi kembar siam ini menyatu di bahagian pinggul baik saling membelakangi atau berhadapan.
  • Parapagus - Bayi kembar siam ini saling menyatu di bahagian dada, perut dan pinggul dalam posisi menyamping
  • Cephalopagus - Bayi kembar siam ini menyatu di bahagia muka di mana bahagian muka mereka akan saling bertentangan. Kebiasaan bayi ini sulit untuk bertahan hidup di mana mereka juga berkongsi otak.
  • Rachipagus - Bayi kembar siam ini tersangat langka dimana tulang belakang bayi saling menyatu.
Belum diketahui secara pasti penyebab dan faktor kepada terjadinya bayi kembar siam. Penelitian masih diteruskan namun terdapat beberapa teori yang perlu dipertimbang yang menjadi punca penyebab kepada bayi kembar siam:
  • Bayi kembar siam terjadi ketika pembelahan janin kembar monozigot (satu sel telur) terlambat dan akhirnya tidak selesai secara sempurna. Proses pembelahan ini biasanya terjadi pada 8-12 hari setelah sel telur bertemu sperma.
  • Bayi kembar siam terjadi karena dua sel telur yang awalnya terpisah, kembali menempel dan menyatu selama masa kehamilan.
Terdapat beberapa bayi kembar siam yang mempunyai umur yang panjang, berjaya dalam hidup dan mempunyai banyak anak. Ini membuktikan walaupun kembar siam memiliki keterbatasan dari segi fizikal namun tidak menghalang mereka untuk menjalani kehidupan normal seperti manusia normal amnya. Malah, terdapat beberapa kembar siam yang dijadikan inspirasi. 

Jangan lupa untuk membaca:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki