Madu untuk kesihatan seharian

Madu ialah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis genus Apis hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies ini menjalankan pendebungaan. 

Kualiti madu yang baik adalah madu yang tidak terdapat kandungan air tinggi. Beberapa kontaminan yang pada madu antara logam berat, dan residu pestisida harus kurang dari batas maksimal yang diperbolehkan. Selain itu kadar HMF tidak boleh lebih dari 40mg/kg yang menandakan bahawa bila madu sudah disimpan lama atau disimpan kurang baik, kadar HMF nya akan meningkat  secara umum, madu yang baik adalah madu yang kadar airnya kurang dari 21%, memiliki tahap tindak balas diastase diatas 3 dan kandungan HMF dibawah 40mg/kg.

Namun amat sukar untuk mengenal pasti ketulinan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutama madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutama di Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah. Oleh itu pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.

Terdapat banyak khasiat Madu untuk kesihatan seharian : 
  • Madu boleh menggantikan ubat batuk, mengatasi gangguan pernafasan, terutama untuk membuang kahak atau cairan yang menyumbat pernafasan.
  • Campuran madu dan jus karot bermanfaat untuk penglihatan.
  • Madu berguna untuk mengubati infeksi saluran kencing kerana madu menghentikan pertumbuhan organisme patogen.
  • Pengambilan madu secara teratur dapat menguatkan sel darah putih untuk melawan bakteria dan penyakit yang disebabkan oleh virus.
  • Campuran madu, jamu dan telur mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim setelah melahirkan anak.
  • Mengatasi masalah masuk angin dan sembelit.
  • Madu mengurangi rasa sakit ketika datang bulan.
  • Ambil madu bersama bawang putih untuk mengawal tekanan darah.
  • Sebagai ubat luka, madu mampu mnyerap air pada luka sehingga mencegah infeksi dan memperbaiki jaringan dengan cepat.
Walaupun madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan namun beberapa perkara juga harus diambil kira supaya madu tidak membahayakan kesihatan:
  • Jangan tidur selepas minum madu kerana madu mengandungi kalori yang cukup tinggi. Jika kita mengambil madu sebelum tidur boleh menyebabkan risiko obesiti akibat dari kalori yang tidak dibakar.
  • Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
  • Jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung didalamnya.
  • Masyarakat India percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh
  • Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan kerana madu mengandungi bakteria clostridium botulinum di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa.
  • Jika mengalami alahan akibat pengambilan madu seperti pening, mual, muntah dan cirit birit, segera berjumpa dengan doktor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki