Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada pekebun kecil
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2021)
Tujuannya sebagai usaha berterusan dilaksanakan Kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.
Pembayaran RM600 seorang pada kadar RM300 untuk bulan Disember 2021 dan bulan Januari tahun 2022.
Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dengan dokumen berkaitan seperti yang dinyatakan.
1. PEKEBUN KECIL PEMILIK
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
Dokumen sokongan:
- Kad Pengenalan pemohonan dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank
2. PENOREH BUKAN PEMILIK
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan Risda
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Dokumen sokongan:
- Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan Kad PAT-G
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Anda boleh membuat semakan status dan mengetahui keputusan permohonan dengan melayari :bmt.risda.gov.my
INFO LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor : HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022
Ulasan
Catat Ulasan