Merungkai misteri setiap persoalan 19 'Manusia berkulit biru'
Merungkai misteri setiap persoalan 18 'Manusia berkulit biru' merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
Manusia berkulit biru
Manusia berkulit biru memang susah untuk diterima oleh akal fikiran namun inilah yang berlaku dimana sekitar 2008, seorang rakyat Amerika Syarikat Paul Karason telah menjadi sensasi apabila kulitnya bertukar menjadi kebiruan dan menggelarnya 'Papa Smurf'. Ini bukanlah kulitnya yang asli kerana kulit aslinya sebelum ini putih sebagaimana rakyat AS berbangsa Kaukasus.
Paul mengatakan dia mengambil proteinat perak, yang dibuat di rumah dari perak dan air suling, dan juga menggunakan balsem perak untuk merawat sakit kulit dermatitis yang dihidapinya. Mendengar hal ini, doktor terus mengetahui punca sebenar kenapa kulitnya bertukar berwarna biru dan menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh penyakit argyria@keracunan logam perak, dan warna kulit biru pesakit argyria kekal sampai mati.
Keadaan ini berlaku apabila pesakit menelan cecair koloidal perak sebagai bahan nutrient. Kemudian, tindak balas dalam perut akan memecahkan sebatian perak ini menjadi nanopartikel perak. Selepas itu, nanopartikel berkenaan akan bertindak balas dalam darah menjadi garam perak. Garam perak ini kemudiannya akan termendap pada seluruh anggota badan seperti kulit. Apabila cahaya matahari mengenai kulit pesakit garam perak tersebut akan bertindak balas bagi membentuk unsur perak tepu. Daripada sinilah berlakunya pembiruan kulit pesakit. Dan ini bukanlah kes yang pertama dan terakhir.
Sebelum ini juga pernah berlaku manusia berkulit biru iaitu pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky yang dikenali dengan nama Troublesome Creek. Martin kemudiannya telah mengahwini seorang wanita kulit putih bernama Elizabeth Smith. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 daripanya berkulit biru.
Kulit berwarna biru juga boleh disebabkan oleh methaemoglobin atau singkatannya: met-H, keadaan di mana kurangnya kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada keluarga Fugate yang berkahwin dengan jiran dan saudara terdekat telah menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.
Ulasan
Catat Ulasan