Perkahwinan hantu kepercayaan masyarakat Cina

Perkahwinan Hantu atau dalam bahasa Cina 'Minghun' lazimnya diamalkan oleh masyarakat Cina, Taiwan dan suku terpencil di Sudan. Perkahwinan ini dijalan oleh ahli keluarga untuk anak atau saudara yang meninggal ketika masih bujang atau pasangan kekasih yang telah bertunang tetapi salah seorang atau kedua-dua telah meninggal dunia. Pada awalnya amalan ini hanya melibatkan antara si mati yang telah meninggal namun sesetengah pengamalnya mula mengahwini seseorang yang masih hidup dengan yang sudah mati. Ini kerana  sesetengah keluarga percaya si mati yang dikebumikan tanpa pasangan akan menjalani kehidupan alam kematian yang tidak tenteram atau kesepian. 

Suatu ketika dulu amalan ini amat terkenal namun sekarang amalan ini sudah jarang dilakukan malah upacara ini tidak diterima dalam ajaran Ortodoks Toisme. Malah sudah 70 tahun kerajaan di China telah mengharamkannya sebarang amalan ini.

Mengikut adat Perkahwinan Hantu kedua-dua pihak keluarga akan mencari pakar agama 'Dangkee@Perantaraan' untuk mencari pasangan yang sesuai. Namun ada juga keluarga si mati yang tidak menggunakan khidmat 'dangkee' ahli keluarga si mati akan meletakkan sampul duit berwarna merah yang berisi duit kertas sembahyang, segumpul rambut dan kuku si mati, kemudiannya diletakkan di merata tempat dan sesiapa yang mengutipnya akan dijadikan sebagai pilihan si mati dan dipercayai bernasib buruk jika dia menolak untuk berkahwin dengan si mati. Namun ada juga yang sanggup berkahwin dengan si mati disebabkan oleh beberapa faktor seperti dijanjikan harta dan kekayaan.

Orang ramai percaya bahawa amalan ini menyebabkan peningkatan kes kecurian mayat dan pembunuhan. Kubur wanita akan digali untuk mendapatkan rangkanya dan diletakkan ke dalam kubur pengantin lelaki. Malah wanita dibunuh dan kemudian mayat mangsa akan dijual kepada keluarga si mati. Keluarga si mati yang kaya sanggup untuk membayar walupun harganya mahal demi untuk membahagiakan si mati.

Perkahwinan Hantu biasanya akan diuruskan oleh keluarga si mati dan akan diadakan secara tertutup di tokong dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. 

Upacara yang dilakukan lebih kurang sama dengan perkahwinan yang diadakan jika calon pengantin masih hidup, cuma bezanya calon pengantin yang meninggal dunia akan diwakili mayat si mati yang telah dihiasi dengan salinan perkahwinan, perhiasan, solekkan atau batu nisan pengantin lelaki, pengantin perempuan serta sejambak bunga. Jika Pengantin lelaki yang masih hidup maka pengantin lelaki akan mengenakan sarung tangan hitam berbanding kebiasaannya berwarna putih.  Keluarga si mati pengantin perempuan akan meminta hantaran termasuk persalinan barang kemas, pembantu rumah dan juga rumah dalam bentuk kertas sembahyang yang akan dibakar agar dapat dibawa ke dunia lain untuk kegunaan alam sana.

Batu nisan pengantin akan diletakkan bersama-sama dengan batu nisan nenek moyang keluarga setelah majlis selesai. Pengantin lelaki yang hidup dibenarkan untuk untuk berkahwin  tetapi isterinya yang mati itu akan dianggap sebagai isteri pertamanya. 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki