Senarai Bantuan Khas sayangku Sarawak 6.0(2021)

BKSS-Bantuan Khas Sayangku Sarawak 6.0 (2021) merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada penduduk Sarawak bagi membantu mengurangkan beban penduduk sarawak yang terjejas pendapatannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan di seluruh Sarawak bermula 29 Mei hingga 11 Jun 2021.


Untuk maklumat semua permohonan baru tidak perlu dilakukan kerana data sebelum ini akan digunakan pakai. Permohonan rayuan hanya boleh dilakukan jika permohonan sebelum ini tidak layak. 

Rayuan boleh di buat dengan melayari link>>https://bkss.sarawak.gov.my/Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my

Bayaran akan mula dibuat pada 31 Julai hingga 31 Disember 2021 (tempoh 6 bulan)

Senarai BKSS 6.0 Untuk Rakyat


  1. Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40 selama tempoh 6 bulan.
  2. Bujang B40 yang berumur 21 tahun keatas akan dibayar secara one-off RM500 mulai 31 Ogos 
  3. Elaun petugas barisan hadapan (frontliner)selama 6 bulan.
    • Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan RM300
      • Doktor perubatan
      • Jururawat
      • Kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin
    • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
    • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
    • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
    • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
    • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
    • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
    • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
    • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200
  4. Penjaja dan peniaga kecil. 
    • Bayaran pertama RM750 pada Julai
    • Bayaran kedua RM750 pada Disember (melalui Sarawak Pay).
  5. RM500 secara one off
    • Pemilik penambang bedaftar 
    • Pengendali penambang berdaftar.
  6. RM500 secara one-off melalui aplikasi Sarawak Pay
    • Pemandu e-hailing 
    • pengajar sekolah memandu.
  7. RM600 diberikan secara one-off 
    • Pengendali van penumpang
    • Pemandu teksi
    • Pengendali bas
    • Van sekolah yang berdaftar.
  8. RM1500 diberikan kepada pengamal media.
  9. Pemberian one-off industri pelancongan
    • Agensi pelancongan berlesen-Rm3000
    • Pengendali inap desa berlesen-RM600
    • Pemandu pelancong-RM1500
    • Pemandu pelancong taman negara yang berdaftar di Sarawak-RM1500
  10. Diskaun 25% taksiran cukai pintu selama 6 bulan.
  11. Diskaun 50% sewa Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak selama 6 bulan.
  12. Pemberian bakul makanan kepada isi rumah terjejas.
  13. 30% diskaun cukai tanah.
  14. Program Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV).
  15. Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS).
  16. Subsidi Faedah Bagi Targeted Releif And Recovery Facility (TRRF).
  17. Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro.
  18. Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).
  19. Program Go Digital Sarawak.
  20. Latihan Pemasaran Digital.
  21. Penangguhan premium tanah.
  22. Pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan PKS selama 6 bulan.
  23. Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan selama 6 bulan.
  24. Pengecualaian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan.
  25. Diskaun bil air 10%-25%  untuk pengguna selama tempoh 6 bulan.
    • Domestik
    • komersil
    • Industri 
  26. Diskaun Bil elektrik 5%-25% kepada pengguna selama tempoh 6 bulan.
    • Domestik
    • Komersil
    • Industri 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'