Vaksin Covid-19 percuma untuk penduduk Sarawak
Vaksin Percuma untuk penduduk Sarawak |
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi hospital, klinik dan pejabat daerah terdekat berhubung pendaftaran vaksin COVID-19. Bagi penduduk luar bandar yang inginkan penjelasan lanjut, mereka boleh berjumpa dengan ketua masyarakat di tempat masing-masing.
Program vaksinasi sangat penting dalam usaha melindungi diri serta menghentikan atau mengendalikan penyebaran jangkitan. Ini secara lansung dapat melindungi keluarga dan masyarakat terutama golongan berisiko yang tidak layak menerima suntikan vaksin. Seterusnya membolehkan kita memulakan aktiviti ekonomi untuk menjana pendapatan seperti biasa.
Menurut Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Desember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Suktikan vaksin COVID-19 ada yang memerlukan satu (1) atau dua (2) dos bergantung kepada jenis vaksin. Suntikan ini kebiasaannya diberikan pada otot bahu kecuali dalam keadaan tertentu. Jenis vaksin diberikan bergantung kepada bekalan vaksin semasa.
Pengambilan vaksin COVID-19 ini juga mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan yang ringan dan kesan sampingan lain yang akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
Untuk mengelakkan sebarang penipuan orang ramai harus berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa penipuan individu yang kononnya cuba membantu membuat pendaftaran. Orang ramai tidak harus memberikan kad pengenalan kepada mereka yang cuba membantu kerana dikhuatiri berlaku penyalahgunaan. Juga diingatkan supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan apa yang mereka dengar atau lihat di media sosial mengenai kesan vaksin itu yang didakwa merbahaya.
Borang vaksinasi COVID-19 boleh didapati di laman sesawang seperti berikut : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/vaccine/consent.pdf
Ulasan
Catat Ulasan