11 Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Program Jaringan Prihatin

BELANJAWAN 2021 MEMPERKENALKAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Melalui program Jaringan Prihatin, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telepon atau kredit telco. Selain itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan skim ini ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

Pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 5 Mei 2021- 31 Julai 2021 untuk menerima tawaran ini.

Tujuan

  • Memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet 
  • Meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya keluarga dengan anak bersekolah yang memerlukan peranti dan sambungan internet untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
  • Merapatkan jurang digital
  • Menyokong agenda pendigitalan negara
Semak kelayakan dan ikuti langkah berikut
Syarikat Telekomusikasi yang terlibat
Pelbagai syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia bekerjasama dalam menjagakan Program Jaringan Prihatin. 

Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan pelbagai plan yang berbeza, adalah menjadi hak anda sebagai pengguna untuk menentukan pilihan yang terbaik sebagai pengguna. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Jaringan Prihatin yang disediakan anda boleh terus ke cawangan atau kedai telco berdekatan dengan anda yang menyediakan perkhidmatan Program Jaringan Prihatin.
  1. Digi 
  2. Celcom
  3. Maxis 
  4. U Mobile
  5. YES
  6. Yoodo
  7. redONE
  8. Mcalls
  9. Tune Talks
  10. XOX Mobile
  11. speakOUT


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki