Peluang mendapatkan anak melalui rawatan IVF
Persenyawaan Tabung Uji @ In Vitro Fertilizer (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Telur yang telah disenyawakan kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan maklamat kehamilan. IVF merupakan rawatan teknologi yang digunakan untuk merawat kemandulan apabila kaedah semulajadi tidak berkesan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Ada juga pasangan yang melakukan rawatan IVF untuk mendapat anak kembar atau juga supaya mereka dapat memilih jantina bayi yang ingin dilahirkan. Walaupun bagaimanapun tidak semua rawatan IVF akan berjaya kerana ianya bergantung kepada beberapa sebab antaranya ialah tahap kesihatan, usia dan guna pemilihan tempat untuk mendapatkan rawatan. Bayi tabung uji pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada tahun 1978.
rawatan IVF |
Rawatan IVF telah membantu banyak pasangan diseluruh dunia yang mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Walaupun kosnya mahal tapi terdapat pasangan yang sanggup mengeluarkan wang mendapatkan rawatan untuk menimang cahaya mata. Walaupun terdapat risiko yang harus diambil kira namun ianya tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri demi mendapatkan zuriat. Walaupun pernah mengalami beberapa kegagalan semasa mendapatkan rawatan IVF namun ini tidak mematahkan semangat meraka untuk terus mencuba sehingga usaha mereka membuahkan hasil. Menjadi inspirasi wanita supaya jangan mudah berputus asa.
- Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
- Tunku Azizah mengalami 6 kali keguguran dan 17 kali proses rawatan kesuburan sebelum dikurniakan putera sulung iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. Tunku Azizah merupakan satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat bayi IVF.
- Artis Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
- Dato Seri Siti Nurhaliza mengalami 4 kali proses rawatan IVF yang gagal sebelum berjaya mendapatkan zuriat selepas 11 tahun penantian hasil dari rawatan IVF. Dato Siti Nurhaliza berjaya dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Siti Aafiyah pada tahun 2018 dan anak lelaki pada tahun 2021.
- Artis Indonesia, Cynthia Lamusu.
- Cynthia Lamusu telah menjalani 2 kali rawatan IVF tapi gagal dan akhirnya pada percubaan ketiga rawatan IVF membuahkan hasil. Cynthia berjaya hamil anak kembar yang lahir pada November 2016 bernama Ataya Tatjana Aisyah Putri dan Atharva Bimasena Saputra.
- Artis Barat, Celine Dion.
- Celine Dion telah melakukan rawatan IVF dan berjaya dikurniakan anak lelaki sulung bernama Rene-Charles pada 25 Januari 2001. Celine Dion cuba untuk menambah anak melalui proses yang sama namun gagal sebanyak 6 kali dan akhirnya pada percubaan yang ketujuh Celine Dion berjaya melahirkan anak kembar bernama Nelson dan Eddy.
- Artis Barat, Courteney Cox.
- Courteney Cox telah menjalani 2 kali rawatan IVF dan berjaya dikurniakan anak perempuan bernama Coco.
Ulasan
Catat Ulasan