Lelaki berhati malaikat-Mohamed Bzeek

 Seorang lelaki Muslim berasal dari Libya, Mohamed Bzeek telah berhijrah ke California, USA. Di sana  beliau ingat akan menemui sebuah kehidupan yang sempurna namun sebaliknya. Apa yang di temui hanyalah pergolakkan hidup, rumahtangga berantakkan, ibu bapa yang pemabuk dan penagih. Sehingga mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. kanak-kanak terbiar malah terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang serius di biarkan bersendirian di Hospital. Semua berpunca dari keengganan ibu bapa memikul tanggungjawab untuk menjaga anak mereka. Apatah lagi kanak-kanak yang sakit memerlukan pembiayaan yang tinggi untuk perubatan. Sehingga ada segilintir ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kanak-kanak tersebut.

Mohamed Bzeek

Dengan rasa simpati dan tanggungjawab yang timbul Mohamed Bzeek telah mengambil mereka dari rumah sakit. Mohamed Bzeek menyediakan keperluan seharian mereka ,menyediakan alatan perubatan bahkan merawat mereka seperti anaknya sendiri dan memberikan kasih sayang selayaknya sebagai bapa kepada mereka. 

Mohamed Bzeek telah membawa pulang ke rumahnya kira-kira 80 kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan serius dan hanya diberi tempoh yang singkat untuk hidup. Tidak kurang juga terdapat kanak-kanak yang pekak dan bisu. Dijaga dengan penuh kasih sayang dan memberikan nama kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda penghormatan kepada mereka walaupun secara tidak rasmi. Kerana, kebanyakkan kanak-kanak yang ditinggalkan di Hospital tidak diberikan nama oleh ahli keluarga mereka apabila ahli keluarga mereka memutuskan untuk meninggalkan-kanak tersebut bersendirian.

Sayang seribu kali sayang pada tahun 2016 pada umur 60, Mohamed Bzeek telah didiagnos menghidap penyakit cancer Colon. Selama tempoh tersebut Mohamed Bzeek telah menerima banyak anugerah dan juga sumbangan dari orang ramai di atas keprihatinannya. Namun bagi Mohamed Bzeek semua itu tidak dapat dibandingkan dengan kebahagian dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kanak-kanak tersebut. Mohamed Bzeek merasakan bahawa walaupun pada umur yang sudah tua dia merasakan ketakutan dan sedih memikirkan hal kematian apatah lagi bersendirian bila menghadapi kematian. Baginya, seperti itu juga kanak-kanak itu rasakan walaupun mereka tidak pernah mengatakannya. Selama tempoh 30 tahun Mohamed Bzeek telah mengembumikan 11 kanak-kanak yang malang.

Ini memberikan kesedaran kepada semua bahawa setiap nyawa manusia itu berharga. Setiap manusia berhak mendapat kasih sayang walaupun keadaan mereka tidak mengizinkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'