Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Smartphone OPPO termahal

Imej
Smartphone OPPO tidak asing lagi terutama di Malaysia bukan saja kerana kualitinya yang tersendiri tetapi kerana harga mampu milik yang amat berbaloi untuk dimiliki. Pada kebiasaannya harga sebuah smartphone OPPO cuma dalam anggaran harga Rm5,500 kebawah. Namun pernahkah anda terfikir bahawa smarphone OPPO juga mempunyai keluaran smartphone yang harganya mencecah puluhan ribu Ringgit Malaysia. Pasti anda tertanya-tanya apa keistimewaan smartphone OPPO ini sehingga harganya mencecah puluhan ribu ringgit. OPPO telah bekerjasama dengan Syarikat Lamborghini sebuah perusahaan Supercar untuk menghasilkan sebuah smartphone OPPO yang  bertemakan Supercar. Smartphone ini dibayangi dengan ciri-ciri yang terdapat pada kereta keluaran lamborghini yang garang, mewah, pantas, dan gah. Semua pakej yang disertakan dengan OPPO X2 Pro Lamborghini Edition ini di cop dengan Lambang Lamborghini. Brand :  OPPO OPPO Model : Find X2 Pro Lamborghini Edition Operating System : Andriod 10 Certificate  number :

Bersinar dalam gelap glow in the dark

Imej
Pasti anda berasa hairan bila dikatakan bersinar dalam gelap@glow in the dark. Glow in the dark pelbagai guna Glow in the dark Bersinar dalam gelap 'glow in the dark' merupakan sejenis fluorescent / phosphorescent luminos yang direka khas untuk menyerap cahaya di tempat terang dan akan mengeluarkan cahaya di tempat yang gelap. Semakin lama phosphorescent luminos terdedah kepada cahaya yang kuat semakin lama dan terang cahaya yang akan dihasilkan di tempat yang gelap.  Sumber cahaya yang diserap oleh phosphorescent luminos datang dari sumber semula jadi seperti cahaya matahari selain itu ianya juga menyerap cahaya dari apa sahaja yang mengeluarkan cahaya seperti lampu LED, lampu UV dan banyak lagi. Terdapat juga lampu fluorescent yang digunakan khas untuk mengecas phosphorescent luminos.  Jika phosphorescent luminos ini tidak mengeluarkan cahaya kemungkinan phosphorescent luminos ini letih atau tidak menyerap cahaya yang mencukupi. Phosphorescent luminos boleh didapati dalam ben

jenis baja untuk tanaman

Imej
Baja yang digunakan untuk menyuburkan tanah, melebatkan buah-buahan, mencantikkan bunga-bungaan, dan menyuburkan sayur-sayuran. Ini adalah antara baja terbaik yang ada dalam pasaran dan antara baja yang menjadi kegemaran ramai pekebun komersial, kenalpasti cara penggunaan dan sukatan yang betul sebelum menggunakannya.  Baja ini buka sahaja digunakan untuk tanaman yang berskala besar malah juga untuk tanaman skala kecil seperti tanaman kawasan rumah atau juga tanaman hidroponik. 1. Baja Buah Ecogardenasia  sesuai digunakan untuk tanaman cili, terung, limau, nangka madu, pelam, dan banyak lagi. Baja ini buka sahaja melebatkan buah malah mempercepatkan penghasilan buah dan juga mengembalikan pokok buah yang sudah tidak menghasilkan buah. Baja ini digunakan dalam kuantiti yang sikit sahaja dan sangat menjimatkan. 3. Baja Novatec Premium  Hanya perlu taburkan seminggu sekali untuk hasil yang terbaik atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Taburkan baja keliling pokok jauh sedikit dari bat

koleksi mistik penarik rezeki

Imej
Tidak dinafikan setiap koleksi barangan mistik dipercayai mempunyai beberapa kelebihan dan keindahan yang tersendiri tetapi semuanya dengan keizinan Tuhan. Kebanyakkan barangan mistik ini berasal dari sumber alam seperti batu, kayu, besi dan sebagainya. Tetapi kita sebagai manusia harus juga ada ikhtiar. Jika niat kita baik akan mendatangkan kebaikan akan tetapi jika niat kita jahat maka jauhilah kerana semuanaya tiada faedah. Buluh Dayang Bunting Buluh Dayang Bunting Penarik wang empat penjuru alam bagi melariskan perniagaan, ibu duit buat pemancing untuk mendapatkan hasil ikan yang banyak . Sifat buluh tersebut sentiasa bunting tapi tak beranak-anak (setiasa berisi tak luak-luak).  Kulit Kerbau Landoh Kulit kerbau landoh Dipercayai sangat susah dicari terutama bagi orang biasa. Kebanyakkan yang dijual sekarang adalah palsu kerana sangat susahkan untuk membezakan kulit kerbau landoh dengan kulit kerbau biasa. Kulit kerbau Landoh hanya bisa didapati dari orang tua yang telah diwariskan

Pokok buluh rebung madu pelbagai kegunaan

Imej
Pokok buluh rebung madu merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pokok buluh boleh dijadikan perhiasan, buluh dijadikan perabot manakala pucuk muda buluh boleh dimakan.  Pucuk muda buluh dipanggil rebung. Terdapat pelbagai jenis pokok buluh dan antara pokok buluh rebung yang menjadi pilihan ramai ialah pokok buluh rebung madu . Buluh rebung madu atau juga dikenali sebagai Gigantochloa albociliata merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya juga semakin berkembang. Pokok Buluh madu dipercaya berasal dari China sebagai tanaman hiasan. Mula ditanam secara komersial di Perlis dan kini terdapat di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang. Pokok buluh rebung madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan mudah diselenggarakan untuk mendapatkan hasil yang berterusan dan lumayan.  Pokok buluh rebung madu tidak miang seperti kebiasaan yang terdapat pada pokok buluh lain. Rebung madu mempunyai rasa lebih lemak dan manis berbanding dengan  rebung

cili terpedas didunia cili hantu

Imej
Ghost Devil Pepper Chili dalam bahasa melayu "Cili Hantu", nama penuhnya Ghost Pepper Carolina Reaper Trinidad Moruga Scorpion Chili mempunyai banyak nama seperti Bhut Jolokia atau juga dikenali dengan nama Hanabero Chili merupakan cili terpedas di dunia dan sampai sekarang belum ada cili yang dapat menandingi kepedasan cili hantu. Memandangkan "bhut" bermaksud "ghost" dalam bahasa Assam, cili ini dipanggil "ghost pepper" di negara barat.  Cili hantu merupakan cili hibrid interspesifik yang banyak ditanam di negeri-negeri Timur laut India, Arunanchal, Assam, Nagaland, Manipur dan juga Bangladesh. Cili hantu merupakan kacukan Capsicum Chinese dan Capsicum Frutescens dan berkait rapat dengan Naga Morich Bangladesh.  Pada tahun 2007 cili hantu memegang rekod World Guinness Records Hottest Pepper in the world dengan tahap kepedasannya ialah 1.5 juta scoville persamaan 2,200,000 SHU (Scoffield Heat Unit), 400 kali ganda pedas dari jalapeno.  Orang

Durian musang king atau raja kunyit

Imej
Durian dikenali sebagai raja buah di Malaysia kerana bukan sahaja saiznya yang besar malah kulitnya juga tajam berduri. Setiap jenis durian mempunyai saiz pokok yang berbeza selain rasa yang pelbagai dan tempoh berbuah yang berlainan. Terdapat pelbagai jenis buah durian di Malaysia dan beberapa jenis durian yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran seperti: Durian Musang King@Raja Kunyit Durian Musang King atau Raja Kunyit berasal dari Tanah Merah Kelantan. Ia telah didaftar oleh Wee Chong Beng dari tanah Merah Kelantan pada 9.12.1993. Pokok asal dipercayai berasal dari Muar, Johor sebelum ianya ditanam di Gua Musang, Kelantan dan kini ditanam secara meluas di Daerah Raub Pahang.  Pokok Durian Musang King rendang dan berbuah rendah, tahan lasak dan tidak mudah kena serangan penyakit. Penjagaannya juga mudah.  Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat sementara kulit berwarna hijau perang. Isinya berwarna kuning, tebal, berlemak, manis dan sedikit pahit serta mempunyai biji yan

Air Terjun Benguh seindah lukisan

Imej
Photo by: Victor Pungir Air Terjun Benguh seindah lukisan? Jika anda yang belum pernah pergi ke sana pasti anda menganggap itu hanya cerita rekaan semata-mata. Namun bagi yang pernah pergi ke Air Terjun Benguh pasti jadi buah mulut mereka yang menyangjungi ciptaan Tuhan yang sungguh indah dan mempersonakan. Pemandangan yang damai jauh dari kesesakan bandar memberi seribu ketenangan dan memori yang sukar dilupakan. Sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikan. Jika anda tidak percaya mengapa anda tidak merancang percutian anda ke Air Terjun Benguh untuk melihat dan merasai sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat disana.  Namun sebelum anda membuat perancangan percutian kesana beberapa perkara anda harus ketahui tentang Air Terjun Benguh. Air Terjun Benguh terletak di Daerah Pedawan, Kuching Sarawak merupakan pusat tarikan para pengunjung dari dalam dan luar Sarawak terutama yang gemar melakukan aktivi lasak yang menguji ketahanan fizikal dan juga mental. Anda haru

rabun silau dan cara menjaga mata

Imej
Pasti anda tertanya apakah rabun silau? Rabun silau berlaku apabila anda sukar untuk melihat objek yang mengeluarkan cahaya terang disekeliling anda tanpa mengira siang atau malam. Lingkaran cahaya yang terang di sekitar sumber cahaya sering disebut sebagai "halo".  Rabun silau adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkung kanta mata yang tidak sekata terjadi semasa lahir, kecederaan atau pembedahan bahagian mata. Rabun silau boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Rabun silau juga datang bersama dengan rabun jauh dan rabun dekat. Tahap rabun silau seseorang adalah berlainan disebabkan beberapa faktor seperti Katarak, Distrofi Fuchs, Glaukoma, dan Mata kering. Cara untuk mencegah rabun silau ialah dengan melindungi mata anda dari sinaran ultraviolet (UV). Jauhkan diri dari sinar matahari, memakai topi, atau pakai cermin mata hitam berserta pelindung UV.  Intelligent Polarized Photochromic Sunglasses Day

Perkahwinan tragis versi 2

Imej
Perkahwinan tragis merupakan koleksi kisah benar yang berlaku di alam berumahtangga. Perkahwinan yang berakhir dengan tragedi yang mengerikan sehingga nyawa menjadi taruhan. Lebih baik undur diri daripada hidup terseksa. Walauapapun alasan kita, elakkan dari pukul dan cederakan pasangan . Seringkali menjadi persoalan ialah 'Atas nama cinta orang saling sayang, rindu, berbagi, dan rela berkorban namun kenapa atas nama cinta juga Orang saling mencaci, saling benci, bermusuhan, dan saling menyakiti'. Jika memang tidak ada jodoh 'bertemu dengan cara baik dan berpisah dengan cara baik juga'.   1. Johor Bahru, seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suami mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain.  Kejadian yang menimpa wanita itu turut dimuat naik adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suami sendiri. Otak mangsa mengalami pendarahan dan terpaksa menj

Kasih ibu sampai ke mati versi 1

Imej
'Wang boleh dicari, Ilmu boleh digali, Cinta boleh diganti, Tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua takkan berulang kembali' . Tidak semua anak-anak dianugerahkan rezeki untuk merasa kasih sayang seorang insan bernama ibu yang melahirkan mereka, kerana tatkala seorang ibu berjuang melahirkan anak, maknanya seorang ibu mempertaruhkan nyawanya sendiri sehingga ada ibu yang tewas disaat melahirkan anak mereka. Kematian ibu boleh disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan. Jadi, jika kalian diberi anugerah merasa kasih sayang dan belaian seorang ibu hargailah mereka selagi masih hidup.  1.  Allahyarham Noor Syahira Azizi 21 tahun meninggal dunia pada 16 ogos 2020 selepas 10 hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Menurut pihak pengurusan jenazah Mr. Wan Cai Official, arwah dalam keadaan normal selepas bersalin namun kesihatannya tiba-tiba merosot sebelum diserang sawan serta hilang ingatan sehingga koma. Doktor mendapati otak ibu muda ini suda

Merungkai misteri setiap persoalan 1 'Batu terbang@batu gantung'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 1 'Batu terbang@Batu gantung'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Batu Terbang@Batu Gantung Batu terbang dikenali sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit pernah menjadi 'kontroversi'. Mengikut cerita Sang Batu ingin mengikut Nabi Muhammad terbang ke langit tetapi dilarang oleh Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan Sang Batu berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang. Dipercayai, Sang Batu akan tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di satu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.  Menjadi persoalannya ialah benarkah Batu Terbang boleh melayang? Ternyata Batu Terbang i

Merungkai misteri setiap persoalan 2

Imej
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sehingga ianya menimbulkan persoalan  yang memerlukan jawapan. Disini saya akan merungkai beberapa misteri setiap  persoalan 2. Semoga yang baik menjadi teladan dan yang buruk menjadi sempadan. Jangan terlalu mudah terpedaya. Semoga anda terus bersama saya merungkai misteri setiap persoalan dalam beberapa siri-siri berikutnya. 1. Humanoid Fish@Ikan Siluman Tv Vietnam melaporkan bahawa seekor ikan humanoid ditangkap di Laut Cina Selatan. Dimana tangan, badan dan perut sama menyerupai manusia. Nobita Arahman Nurngal dan Mugijaya Kedungdowo telah memaparkan video tersebut kepada orang ramai. Bahkan, salah satu di antara mereka menyebutnya sebagai ikan siluman kerana memiliki tangan seperti manusia.  Benarkah ikan siluman ini wujud? Fakta sebenarnya terjawab bahawa sebenarnya ikan ini bukanlah ikan siluman. Ikan tersebut adalah hasil karya seniman asal Myanmar, menggunakan kayu dan fiber. Meletakkan mesin(motor) di bahagian dalam kerongkong un

Sumpahan games online

Imej
Permainan dalam talian@games online memang tidak asing lagi. Pelbagai mainan yang menarik disajikan untuk kaki gamers. Dari yang percuma ke yang memerlukan pembayaran. Bermain dalam talian dalam tempoh yang lama bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah boleh menjadi sumpahan yang mengerikan kepada para peminatnya sehingga terdapat beberapa kes-kes pembunuhan dan kematian disebabkan oleh permainan dalam talian.  Jika hendak bermain permainan dalam talian berpada-padalah jangan sehingga merosak kesihatan malah juga mental terutamanya kaki gamers. Memang tidak dinafikan ketagihan bermain games dalam talian sangat meruncingkan terutama ibu bapa ditambah lagi, banyak kejadian mengerikan yang tidak diingini berlaku. 'Cegah sebelum terlambat'. 1.  Di Belagavi, Karnataka, India akibat ketagihan bermain PUBG seorang pemuda bernama Raghuveer Kumbar berumur 25 tahun mahasisiwa politeknik sanggup membunuh ayahnya, Shakar Devappa Kumbhar 61 tahun seorang pesara polis kerana diminta berhenti

Ajinomoto untuk kesihatan

Imej
Ajinomoto@ Monosodium Glutamat (MSG)@Micin tidak nafikan menjadikan salah satu penguat rasa makanan yang menambahkan lagi kelazatan dalam masakan dan makanan terutama dalam makan ringan. Namun seringkali menjadi persoalannya ialah adakah pengambilan ajinomoto boleh menjejaskan kesihatan atau tidak? Ajinomoto merupakan salah satu daripada perasa kelima yang dikenali sebagai 'umami' selain empat perasa yang sudah biasa kita kenali iaitu masam, manis, masin dan pahit. Perasa ajinomoto sangat unik kerana ianya adalah gabungan empat perasa dalam satu masa. Kini terdapat terdapat pelbagai jenis ajinomoto yang terdapat dalam pasaran namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai penguat rasa makanan.   Ajinomoto ditemui pada tahun 1908 oleh seorang Professor Kikunae Ikeda dari Jepun. Beliau menemuinya dari ekstrak rumpai laut. Beliau mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam ajinomoto yang dipanggil glutamat dan rasa ini berlainan dengan rasa garam . Glutamat adalah sejenis asam amin