Perkahwinan tragis versi 2
Walauapapun alasan kita, elakkan dari pukul dan cederakan pasangan. Seringkali menjadi persoalan ialah 'Atas nama cinta orang saling sayang, rindu, berbagi, dan rela berkorban namun kenapa atas nama cinta juga Orang saling mencaci, saling benci, bermusuhan, dan saling menyakiti'. Jika memang tidak ada jodoh 'bertemu dengan cara baik dan berpisah dengan cara baik juga'.
1. Johor Bahru, seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suami mengalami keretakan tulang belakang, rahang, bahagian muka dan lebam di muka selain cedera di bahagian anggota badan lain.
Kejadian yang menimpa wanita itu turut dimuat naik adik mangsa yang mendakwa kakaknya dikejarkan ke ICU selepas teruk dipukul oleh suami sendiri. Otak mangsa mengalami pendarahan dan terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam dan berada dalam keadaan koma.
Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.
2.Kuala Lumpur, di sebuah hotel di jinjang akibat cemburu seorang lelaki berusia 34 tahun yang di bawah pengaruh dadah dipercayai telah mengamuk dan bertengkar dengan isterinya yang berusia 30 tahun , serta mencederakannya menggunakan cerek elektrik yang terdapat di hotel tersebut sehingga mati kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Mayat mangsa ditemui terbaring di tepi katil oleh pekerja hotel tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi dalam keadaan bogel dan hanya ditutupi sebahagian badannya dengan selimut tebal.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang tidak mahu dikenali berkata mangsa pernah membuat laporan polis beberapa kali kerana suaminya sering menderanya sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka. Kerana sayang dia tarik balik laporan itu walaupun tahu suaminya seorang penagih dadah.
Bagaimanapun motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan.
3. Shah Alam, seorang wanita berusia 60 tahun mati, dipercayai dipukul suaminya yang juga berusia 60 tahun selepas mereka bertengkar di rumah di seksyen 20. Mangsa dikatakan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala akibat dipukul menggunakan batang pengelap lantai oleh suaminya yang dipercayai mabuk.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan punca sebenar kematian dan menahan suami mangsa untuk siasatan.
4. Kampung Sandakan, Batu 10, seorang wanita warga Indonesia berusia 38 tahun mati dipercayai dibelasah suaminya juga warga Indonesia berusia 40 tahun.
Siasatan mendapati, ketika kejadian suspek yang juga suami mangsa telah bertengkar dengan anak sulungnya. Mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara suami dan anaknya, namun suspek dilaporkan naik berang lalu menendang, menolak serta menghempas mangsa ke lantai rumah.
Suspek ditahan kira-kira jam 6.30pagi di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit Batu 12 dan kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Ulasan
Catat Ulasan