Kasih ibu sampai ke mati versi 1

'Wang boleh dicari, Ilmu boleh digali, Cinta boleh diganti, Tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua takkan berulang kembali'. Tidak semua anak-anak dianugerahkan rezeki untuk merasa kasih sayang seorang insan bernama ibu yang melahirkan mereka, kerana tatkala seorang ibu berjuang melahirkan anak, maknanya seorang ibu mempertaruhkan nyawanya sendiri sehingga ada ibu yang tewas disaat melahirkan anak mereka. Kematian ibu boleh disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan. Jadi, jika kalian diberi anugerah merasa kasih sayang dan belaian seorang ibu hargailah mereka selagi masih hidup. 

1. 
Allahyarham Noor Syahira Azizi 21 tahun meninggal dunia pada 16 ogos 2020 selepas 10 hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut pihak pengurusan jenazah Mr. Wan Cai Official, arwah dalam keadaan normal selepas bersalin namun kesihatannya tiba-tiba merosot sebelum diserang sawan serta hilang ingatan sehingga koma. Doktor mendapati otak ibu muda ini sudah tidak berfungsi selepas bertarung nyawa. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

2. 
Di Nizhneserginskaya, Rusia seorang ibu muda bernama Alisa Tepikina 22 tahun, telah meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar. Menurut laporan Daily Mail, Doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.

Menyedihkan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.

3. 
Azrow Othman 43 tahun bersama lima orang anaknya bukan sahaja kehilangan isteri malah seorang ibu apabila Roslina Ariffin 39 tahun meninggal selepas 20 hari bersalin anak bangsu mereka, Nur Aishy Amanda. Anak perempuan yang dinantikan selama empat tahun. Kegembiraan berakhir dengan kesedihan.
 
Kematian arwah berpunca daripada darah beku dalam saluran darah ke paru-paru yang dikenali simptom 'Massive Pulmonary Embolism'. Penyakit ini merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.

4. 
Seorang ibu bernama Zhang berumur 23 tahun telah selamat melahirkan bayi perempuannya secara ceaser, namun tidak lama kemudian Zhang mendapati bahawa dia hamil lagi dan memberitahu kepada mertuanya.

Semasa dia memeriksa ke doktor, doktor merasakan apa yang dilakukan Zhang sangat berbahaya dan menyarankan dia untuk menggugurkan kandungannya segera, tetapi keluarganya berkeras hati tidak ingin kandungannya digugurkan.

Setelah usia kehamilan masuk 4 bulan semasa minum air, tanpa sengaja Zhang tersendak dan terbatuk menyebabkan rahimnya pecah dan mengalami pendarahan. Zhang dibawa ke hospital namun dalam perjalanan ke hospital dia tidak bernafas lagi menyebabkan keluarganya kehilangan ibu dan anak pada masa yang sama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki