Sumpahan games online

Permainan dalam talian@games online memang tidak asing lagi. Pelbagai mainan yang menarik disajikan untuk kaki gamers. Dari yang percuma ke yang memerlukan pembayaran. Bermain dalam talian dalam tempoh yang lama bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah boleh menjadi sumpahan yang mengerikan kepada para peminatnya sehingga terdapat beberapa kes-kes pembunuhan dan kematian disebabkan oleh permainan dalam talian. 

Jika hendak bermain permainan dalam talian berpada-padalah jangan sehingga merosak kesihatan malah juga mental terutamanya kaki gamers. Memang tidak dinafikan ketagihan bermain games dalam talian sangat meruncingkan terutama ibu bapa ditambah lagi, banyak kejadian mengerikan yang tidak diingini berlaku.'Cegah sebelum terlambat'.

1. 
Di Belagavi, Karnataka, India akibat ketagihan bermain PUBG seorang pemuda bernama Raghuveer Kumbar berumur 25 tahun mahasisiwa politeknik sanggup membunuh ayahnya, Shakar Devappa Kumbhar 61 tahun seorang pesara polis kerana diminta berhenti bermain PUBG. Raghuveer berasa tidak berpuas hati apabila ayahnya menutuskan talian internet dan merampas telepon bimbitnya. Setelah membunuhnya ayahnya Raghuveer kemudian memenggal dan memotong tangan mayat ayahnya.

Raghuveer mengaku membunuh ayahnya supaya dia dapat bermain PUBG tanpa gangguan. Sebelum melakukan pembunuhan Raghuveer terlebih dahulu mengunci anggota keluarganya di ruangan lain agar mereka tidak melihat kejadian tersebut. 

2.
Di Rumah Rakyat Simpang Pertang, Jelebu seorang anak menikam bapanya Tan Yin Fah 59 tahun menggunakan sebilah pisau selepas berang akibat ditegur kerana leka bermain telepon bimbit. Mangsa maut akibat ditikam pada bahagian depan dan belakang badan. 

3.
Bentong, seorang gadis berusia 16 tahun bertindak di luar kewarasan apabila cuba membunuh diri dengan terjun dari jejambat Bukit Tinggi di Kilometer 46 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akibat ditegur kerana asyik bermain permainan video dan telepon bimbit dirampas bapanya.

4.
Di Adana, Selatan Turki Seorang remaja perempuan bernama Emine Karadag berusia 13 tahun membunuh diri menggunakan senapang milik bapanya selepas bermain permainan video Blue Whale Game. Emine meninggalkan lukisan berupa ikan paus dan satu senarai 25 perkara yang perlu dilakukan sebelum mati berserta arahan daripada fenomena rangkaian sosial kontroversi yang dikaitkan dengan beberapa kes bunuh diri dari seluruh dunia. Polis turut menemui buku nota yang mengandungi kenyataan 'Bunuh diri adalah melepaskan diri, di lokasi kejadian'.

Para pemain Blue Whale perlu mengikuti siri 50 arahan, yang menyaksikan aturan daripada menonton filem seram atau bermain muzik dengan kuat sehingga tugasan lebih ekstrem seperti mengambil pil, memukul diri sendiri dan arahan terakhir untuk membunuh diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki