Bersinar dalam gelap glow in the dark
Pasti anda berasa hairan bila dikatakan bersinar dalam gelap@glow in the dark.
Glow in the dark pelbagai guna |
Glow in the dark |
Phosphorescent luminos boleh didapati dalam bentuk seperti batu, pasir, serbuk dan cecair. Phosphorescent luminos juga mempunyai pelbagai warna. Warna hijau kekuningan, biru langit, dan hijau kebiruan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding warna merah, biru tua dan unggu yang lebih gelap lambat menyerap cahaya.
Tidak perlu risau menggunakannya kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan. Phosphorescent luminos boleh digunakan dimana saja dan pelbagai cara berulang kali. Jika anda menggunakan di kulit dan anda ingin menanggalkannya anda cuma harus cuci dengan air dan sabun atau air untuk membuang solekan. Penggunaan phophorescent luminos ini sangat efektif kerana senang, selamat dan menjimatkan kerana tidak ada sebarang aliran tenaga elektrik yang digunakan.
Dicadangkan untuk menggunakan lebih banyak phosphorescent luminos di tempat yang luas untuk menghasilkan pemandangan yang cantik dan mempersonakan terutama dimalam hari.
Pada pendapat saya kerajaan patut mempertimbangkan untuk menggunakan phosphorescent luminos ini di jalan raya dan ditempat-tempat awam untuk menerangi alam sekitar di malam hari ditambah lagi jika tidak terdapat bekalan elektrik di tempat tersebut. Selain itu phosphorescent luminos ini amat menjimatkan dan dapat menjimat kos penyelenggaraan.
Jenis yang terdapat di pasaran:
1. Resin + Photoluminescent Pigment.
- kekal bercahaya selama 1-2 jam ditempat gelap selepas terdedah selama 3 jam pada cahaya.
2. Alkaline Rare Earth Silicate-Aluminate Oxide Europium Doped.
- 10 kali ganda lebih terang bercahaya dan 10 kali ganda lebih tahan lama dari sulfide bahan jenis photoluminescent.
- Warna hijau kekuningan boleh bertahan sehingga 8-12 jam dalam kegelapan selepas menyerap 1 jam cahaya yang kuat.
Ulasan
Catat Ulasan