rabun silau dan cara menjaga mata

Pasti anda tertanya apakah rabun silau?

Rabun silau berlaku apabila anda sukar untuk melihat objek yang mengeluarkan cahaya terang disekeliling anda tanpa mengira siang atau malam. Lingkaran cahaya yang terang di sekitar sumber cahaya sering disebut sebagai "halo". 

Rabun silau adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkung kanta mata yang tidak sekata terjadi semasa lahir, kecederaan atau pembedahan bahagian mata.

Rabun silau boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Rabun silau juga datang bersama dengan rabun jauh dan rabun dekat. Tahap rabun silau seseorang adalah berlainan disebabkan beberapa faktor seperti Katarak, Distrofi Fuchs, Glaukoma, dan Mata kering.

Cara untuk mencegah rabun silau ialah dengan melindungi mata anda dari sinaran ultraviolet (UV). Jauhkan diri dari sinar matahari, memakai topi, atau pakai cermin mata hitam berserta pelindung UV. 

Intelligent Polarized Photochromic Sunglasses Day Night Vision

Gelas dengan kanta Polarized mengurangkan pantulan cahaya. Ia diuji beberapa kali oleh pakar mata yang mendapati ianya boleh mengelakkan kerosakkan mata disebabkan terdedah kepada cahaya yang terlalu terang dan juga masalah rabun silau. Oleh itu, kita dapat melihat jalan atau air dengan lebih jelas. 

Walaupun anda tidak mengalami sebarang masalah rabun silau pun boleh memakai cermin mata polarized kerana ianya bukan sahaja untuk orang yang mengalami masalah rabun silau malah untuk tujuan perlindungan dan keselamatan.

Sangat sesuai digunakan untuk pemandu terutama kepada anda yang berada di jalan raya dalam tempoh yang lama, berbasikal, meluncur ais, aktiviti mendaki dan sebagainya.

"Clip On" Polarized sunglasses untuk pemakai cermin mata 

Melindungi mata anda daripada rabun silau dalam keadaan yang bergaya. Senang dan mudah, anda cuma lekatkan di kanta kaca mata anda yang biasa digunakan untuk rabun jauh dan rabun dekat. Mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Terdapat pelbagai pilihan warna.

Fungsi sama seperti intelligent Polarized Photocohromic sunglasses cuma bezanya clip on polarized sunglasses untuk pemakai yang memakai cermin mata rabun jauh dan rabun dekat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki