Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Wajarkah membiarkan lampu minyak kereta berkelip

Imej
Memandu dengan lampu minyak berkelip atau bernyala, bererti bahawa anda memandu dengan tangki minyak yang minima. Tidak perlu panik kerana apabila lampu minyak kereta berkelip anda masih ada baki perjalanan kira-kira 60KM lagi. Tetapi harus diingatkan bahawa apabila minyak pada paras yang minima, sebahagian besar fuel pump tidak berendam di dalam minyak, berbanding tangki yang berisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa dan ini mendedahkan kereta anda kepada kerosakan fuel pump. Fungsi fuel Pump adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar ke relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem. Apabila meter minyak berada di paras E dimana kebanyakkan orang berfikir bermaksud ( Empty ) tapi maksud sebenarnya ialah ( Enough ) dimana lampu minyak mula berkelip, kenderaan masih boleh mencapai perjalanan sejauh 60KM. Ji

ekosistem keusahawanan MARA

Imej
MARA menfokuskan kepada kelestarian usahawan dalam perniagaan yang mereka ceburi.  Pertumbuhan perniagaan (memberi sokongan kepada perniagaan yang berpotensi untuk meluaskan pasaran dalam dan luar negara).  Pembangunan usahawan baharu, memberi fokus kepada modal insan yang dibangunkan melalui ekositem pendidikan dan latihan MARA. Syarat-syarat pendaftaran dan permohonan pembiayaan: No.KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL. No.KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT). No.KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN.BHD Sila rujuk kepada  Soalan Lazim (FAQ)  bagi soalan umum permohonan pembiayaan. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiM dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan. Muat turun   Senarai Semak Dokumen MARA

Pinjaman Pendidikan MARA untuk semua golongan umur

Imej
PENDIDIKAN MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.   Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang lepasan MARA. Pertimbangan pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pendapatan bulanan keluarga kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) Pendapatan bulanan keluarga RM8,001.00-RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja Pendapatan bulanan keluarga lebih besar atau sama dengan RM15,000.01 Skim MARA-Bank / PTPTN Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar / bandar yang berpendapatan rendah (B40 & M40). Permohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / bumiputera dan warganegara Malaysia. Pengajian sep

Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Ayam betina menghasilkan telur tanpa ayam jantan Ayam bertelur tanpa ayam jantan mungkin menjadi tanda tanya. Jadi mari kita rungkai apa sebenarnya yang berlaku.  Telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam telur biasanya adalah telur yang tidak disenyawakan ini kerana ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telur yang kita makan.  Seperti kebanyakkan haiwan peringkat tinggi, ayam betina mempunyai ribuan ovum dalam ovarinya. Ayam dewasa yang sedia untuk bertelur (berusia lebih kurang 6 bulan) akan mempunyai beberapa ovum yang mula berke

Pengeluran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 benar atau tidak

Imej
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata 'Jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Listeri 2.0 pada kadar separuh daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini bagi membantu rakyat terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, ia masih boleh mengawal kesan pelaburan dan pulangan KWSP'. Pakar Ekonomi Asia e Universiti, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19. Kelonggaran tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjam wang haram. Selain itu beliau turut berkata, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang kita tengah hadapi kesusahan dan keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP. Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, KWSP masih mampu untuk mengeluarkan simpannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat bagi memba

Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 10 'Lelaki beranak'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Lelaki beranak Kisah ini pernah menghobohkan dunia apabila dikhabarkan bahawa seorang lelaki telah berjaya melahirkan seorang anak. Namun sebelum itu mari kita ikuti kisah disebalik lelaki beranak ini. Adakah ini adalah kejadian yang benar atau hanya rekaan semata-mata. Berita ini memang benar tetapi kisah di sebaliknya memang tiada yang pelik dan memang perkara yang normal. Ini kerana lelaki tersebut pada asalnya memang seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang sepenuhnya seorang wanita tetapi menjalani terapi testeron untuk mengubah rupa bentuk fi

Biasiswa Petronas (PESP)2021

Imej
Peluang biasiswa tersedia untuk pelajar yang layak dan cemerlang dengan Program Tajaan Pendidikan Petronas (PESP) untuk pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi Petronas di Malaysia. Permohonan Program Penjaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada cemerlang Rakyat Malaysia. Terutamanya, bagi mereka yang ingin meneruskan pengajian ijazah dalam bidang berkaitan minyak dan gas. Mereka akan memilih dan mewawancara semua calon yang layak sebelum pemilihan akhir. Program Penajaan Pendidikan Petronas(PESP) adalah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan sama-sama menjaga yuran pengajian, kebajikan, dan tempat tinggal pelajar. SYARAT AM Warganegara Malaysia dari 17 hingga 19 tahun Kemahiran kepimpinan yang kuat dan aktif (telah dibuktikan) penyertaan dalam aktiviti kurikulum 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS Lengkapkan Program Yayasan 1 tahun di UTP sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda. Program Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Kej

7 Applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya

Imej
Memperkenalkan beberapa applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya. Applikasi ini bukan sahaja untuk hiburan semata-mata namun juga mempunyai banyak kelebihan yang bukan sahaja menghiburkan orang ramai malah juga memberi informasi yang berguna.  Semua applikasi yang terkenal ini adalah percuma dengan kata lain semua orang boleh menggunanya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bila-bila masa dan dimana sahaja. Namun, semua applikasi ini juga memerlukan jaringan Internet mudah alih untuk melayarinya. Terdapat juga beberapa filtur dan aplikasi tambahan yang perlu dibayar untuk penggunaannya namun itu terpulang dengan individu tersebut. 1. FACEBOOK Facebook diasaskan oleh 5 orang sekawan iaitu Mark Zukerberg, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hunghes. Namun Mark Zukerberg lebih terkenal kerana jawatan yang di pegangnya sebagai CEO Facebook.  Nama sebenar Mark Zukerberg ialah Mark Elliot Zukerberg dilahirkan di daerah  Westchester Country di New Y

Nadi Sarawak Skim Perlindungan Takaful Mampu milik RM68.90

Imej
HANYA UNTUK ORANG SARAWAK. Nadi Sarawak memperkenal Skim Perlindungan Takaful Mampu Milik cuma RM 68.90 setahun untuk kemasukan 18 hingga 75 tahun (Tertakluk pada terma dan syarat). Nadi sarawak adalah inisiatif dari Mossuri Takaful Services untuk rakyat Sarawak agar semua golongan masyarakat mampu memiliki sijil takaful. Semua di bawah bernilai lebih RM100,000 dengan hanya RM68.90 setahun. Antara manfaat yang diperolehi: Pampasan kematian semula jadi Pampasan kematian kemalangan Perbelanjaan perubatan kemalangan Manfaat kerusi roda dan anggota kaki tangan palsu akibat kemalangan Penghantaran balik jenazah Fi Ambulans akibat kemalangan Elaun hospital (kemalangan) Kos pengembumian (kemalangan) Pampasan cacat kekal Manfaat ragut Mossuri Takaful Services telah melantik Saudara Ramzi Bin Mosidi, No Hp 0168087005 sebagai Jurucakap produk Nadi Sarawak sekaligus merupakan Pegawai Perhubungan Awam Mossuri Takaful Services dengan rasminya. Orang

Bantuan kanak-kanak (BKK) RM1000 sebulan tahun 2021

Imej
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dari RM450 kepada RM1000  sebulan untuk satu keluarga.. Selain itu ibubapa juga boleh membuat permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk kanak-kanak yang masih bersekolah. Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak meneruskan kelansungan hidup dan supaya  anak-anak mendapat jagaan  sempurna.  Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak.  Pengagihan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah seperti berikut :  Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang. Syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pend

kasih sayang seorang ayah

Imej
Walaupun seorang bapa@ayah jarang meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak mereka namun, sebagai anak  dengan melihat tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka lakukan sudah cukup memadai menggambarkan apa yang terbuku dihati seorang ayah. Seorang ayah sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anak mereka. Sebagai anak kita harus menghargai mereka kerana tempat mereka tiada galang gantinya. Banyak lagi bapa-bapa diluar sana yang berkorban demi anak mereka walaupun tidak dipernah diceritakan.  1. Sebastian Marroqumn anak kepada Pablo Escobar , Ketua kumpulan dadah Colombia telah mendedahkan bahawa demi menyelamat mereka dari kesejukkan  bapanya sanggup membakar wang kertas lebih AS $1.63 million@RM5.6 juta ketika mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan tatkala melarikan diri daripada pihak berkuasa.  Wang tersebut bukan sahaja dibakar untuk menyelamatkan diri dari kesejukkan malah mereka gunakan untuk memasak.  Ketika era kegemilangnya, Escobar disenaraikan sebagai ma

Pokok buah ajaib @pokok seribu manis

Imej
Pasti anda tidak pernah mendengar tentang Buah Ajaib@Pokok Seribu Manis@Miraculuos Berry@Synsepalum Dulcificum. Walaupun pelbagai gelaran diberikan namun pokoknya tetap sama. Buah ajaib berasal dari Afrika Barat dimana buah ini sesuai tumbuh di iklim tropikal kerana pokok ajaib suka cahaya matahari dan tahan panas. Pokok buah ini jenis renek dan sangat sesuai ditanam di dalam pasu besar. Jangkamasa yang diperlukan untuk pokok buah ajaib berbuah ialah dalam tempoh 2-3 tahun. Satu pokok boleh menghasilkan lebih kurang 400-500 kuntum bunga. Buahnya sangat manis dan isinya berair. Pembajaannya ialah satu kali dalam tempoh dua minggu, dan pastikan siram setiap hari. Pokok buah ajaib berbuah dua kali dalam tempoh setahun iaitu selepas musim hujan. Bunga pertama tumbuh pada februari hingga march dan buah akan matang bulan April hingga Mei, bunga kedua tumbuh pada April hingga Mei dan matang bermula Jun dan Mei Bentuk buah ini lonjong seperti berry. Daunnya juga boleh dikunyah untuk mengubat s

Perkahwinan yang tragis versi 1

Imej
Perkahwinan adalah menyatuan dua hati yang saling menyintai dan menyayangi antara satu sama lain jauh sekali untuk menyakiti pasangannya sememang sesuatu yang indah. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan /atau diiktirafkan oleh kepercayaan agama masing-masing. Seseorang yang sedia berkahwin adalah seseorang yang telah bersedia memegang tanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain. Tanggungjawab ini sangat besar sehingga kadangkala walaupun tidak banyak namun terjadi beberapa perkahwinan yang tragis sehingga nyawa jadi taruhan. Seringkali terlihat pasangan yang mempamerkan kemesraan dan kebahagian mereka terutama di media sosial namun disebalik tidak sesiapa pernah membayangkan apa yang mereka lalui dan telah terjadi. 1. Pada dasarnya perkahwinan Christopher Lee Watts@Watts  nampak bahagia tapi tapi tiada siapa menyangka pada awal pagi 13 Ogos 2018 Frederick Colorado,  Watts 33 tahun telah mengaku membunuh isterinya yang

Hiasan DIY yang paling popular

Imej
Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menyimpan kenangan dalam kehidupan. Kenangan yang mereka boleh tatapi dan tontoni baik untuk diingati, sebagai pengubat rindu  atau sebagai pemberian hadiah dengan cara untuk menunjukkan keikhlasan dan sebagainya. Yang mempunyai nilai sentimental dalam diri dan kehidupan seharian. Ada juga yang digunakan sebagai perhiasan rumah dan untuk koleksi peribadi. Kini terdapat pelbagai jenis ciptaan atau rekaan seni lukisan dan percetakan DIY yang telah diperkenalkan untuk kepuasan semua antaranya: 1. DIY Diamond Printing / Diamond Embroidery / Pencetakan belian. Lukisan  DIY diamond printing atau pencetakan belian tiruan 5D menggunakan resin sequins. Keistimewaan resin sequins ialah tahan luntur, unik dan mempersonakan.  Ia dikenali sebagai diamond printing atau percetakan belian disebabkan ia bersinar apabila terkena pantulan cahaya seperti belian .    M erupakan   hiasan   DIY   yang   paling   popular. P ercetakan berlian melamban