Hiasan DIY yang paling popular

Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menyimpan kenangan dalam kehidupan. Kenangan yang mereka boleh tatapi dan tontoni baik untuk diingati, sebagai pengubat rindu  atau sebagai pemberian hadiah dengan cara untuk menunjukkan keikhlasan dan sebagainya. Yang mempunyai nilai sentimental dalam diri dan kehidupan seharian. Ada juga yang digunakan sebagai perhiasan rumah dan untuk koleksi peribadi.

Kini terdapat pelbagai jenis ciptaan atau rekaan seni lukisan dan percetakan DIY yang telah diperkenalkan untuk kepuasan semua antaranya:

1. DIY Diamond Printing / Diamond Embroidery / Pencetakan belian.

Lukisan DIY diamond printing atau pencetakan belian tiruan 5D menggunakan resin sequins. Keistimewaan resin sequins ialah tahan luntur, unik dan mempersonakan. Ia dikenali sebagai diamond printing atau percetakan belian disebabkan ia bersinar apabila terkena pantulan cahaya seperti belian Merupakan  hiasan DIY yang paling popular. Percetakan berlian melambang kekayaan dan nasib baik.

2. DIY Digital Oil Painting

Contoh Digital Oil Painting
DIY Digital Oil Painting merupakan percetakan mengikut urutan nombor diatas sebuah canvas yang menggunakan cat / pigmentasi arkalik. Cara yang paling senang dan sesuai untuk seseorang yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang kesenian tetapi berminat untuk mencuba seperti pelukis professional. Anda cuma harus mewarna mengikut urutan nombor yang disediakan dan berhati-hati supaya tidak terkena bahagian warna yang lain. Garis dan nombor lukisan tidak akan kelihatan selepas di warnakan.  Cat arkalik mudah kering jadi tutup cat setiap kali lepas menggunakannya. 

3. DIY Glass Painting

Contoh Glass Painting
DIY Glass Painting merupakan lukisan yang dibuat diatas permukaan kaca yang lutsinar menggunakan permenant oil base painting tahan luntur.  Penjagaan yang agak rumit dimana anda harus berhati-hati kerana mudah pecah. Cara pembuatan agak mudah. Merupakan seni lukisan tangan 100%. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'