Tali leher membahayakan kesihatan

Tali leher merupakan salah satu feksyen aksesori yang digayakan oleh lelaki tua, muda dan kaum wanita walaupun jarang dilihat. Pada kebiasaannya tali leher dipakai untuk menampakkan gaya yang lebih elegen dan segak. Penggunaan tali leher menggambarkan status pekerjaan seseorang malah digunakan terutama untuk menghadiri pesta atau perjumpaan rasmi. Namun ada juga yang memang tidak suka memakainya kerena merasa kurang selesa. 

Terdapat pelbagai jenis tali leher dari kualiti kain yang digunakan dan corak dihasilkan untuk menarik perhatian ramai. Namun tidak ramai menyedari bahawa penggunaan tali leher boleh membahayakan kesihatan seperti kebutaan.

Tali leher moden telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Asal usul tali leher bermula di zaman empayar Rom, di mana anggota Senat Rom terpaksa berucap dalam jangkamasa yang lama kepada ratusan penduduk. Untuk menahan kesejukkan dan menekan peti suara, mereka melilit skaf yang digelar fascalia pada leher untuk memanaskan kerongkong.

Dari versi lain pulak, tali leher dipakai oleh pahlawan zaman pertengahan untuk tujuan pelindung bagi mengelak pedang daripada sampai ke kerongkong. Mereka menghiasinya dengan beberapa lukisan yang menarik dan amalan itu mula tersebar kerana cuba bersaing antara satu sama lain

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Ophthalmology, pemakaian tali leher terlalu ketat meningkatkan tekanan intraokular (IOP) di dalam mata, dan boleh menyebabkan glaukoma malah menyebabkan diagnosis perubatan yang tidak tepat kerana, apabila tali leher terlalu menekan vena jugular dalam leher, seluruh sistem vena turut tertekan. Ini menyebabkan doktor mendiagnosa anda mengalami hipertensi okular atau glaukoma padahal anda tidak menghidapnya jika anda tidak memakai  tali leher ketika menjalani pemeriksaan. Masalah tali leher pertama kali diketemukan oleh Dr. Walter G. Walford pada tahun 1917 dalam bukunya yang berjudul 'Dangers in Neckwear' mengatakan bahawa tali leher yang ketat dan berkanji boleh menyebabkan kelemahan kerana pengaliran darah ke otak terhalang.

Di Britain, doktor-doktor digesa supaya tidak bertali leher ketika bertugas di hospital kerana dikhuatiri akan merebakkan penyakit kepada pesakit. Menurut laporan BBC News, sekumpulan ahli panel yang menghadiri persidangan Persatuan Perubatan British pada 2003 berkata, doktor boleh dijangkiti bakteria ketika melakukan pemeriksaan jika tali leher tersentuh kulit atau luka pesakit dan bakteria tersebut akan dipindahkan kepada pesakit lain.

Dari segi keselamatan pula tali leher boleh menyebabkan penggunanya tercekik  terutama jika tali leher yang digunakan tersedut oleh kipas atau tersangkut pada laci.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'