Merungkai misteri setiap persoalan 3 'Pari-pari'

Merungkai misteri setiap persoalan 'Pari-pari' mempunyai pelbagai versi tentang kejadian  misteri yang berlaku disekeliling kita yang memerlukan penjelasan supaya dapat diterima oleh akal bukan dengan mempercayainya secara melulu. Jangan jadikan misteri tersebut mempermainkan hidup kita kerana kadangkala ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata.

1. Kisah Pari-pari@Fairy

Sekitar awal abad ke-20, masyarakat Inggeris dikejutkan dengan lima gambar pari-pari yang dirakam dua kanak-kanak sepupu iaitu Frances Griffiths dan Elsie Wright di kawasan hutan wilayah Bradford, England.Kemunculan gambar luar biasa itu menyebabkan ramai percaya pari-pari adalah makluk yang benar-benar wujud di alam nyata. Dan kisah ini berlanjutan selama 65 tahun.

Pada mulanya, ibu Elsie menunjukkan gambar pari-pari itu kepada penceramah ajaran spiritual Theosophy, Edward Gradner dan beliau terkejut kemudian menghantar gambar untuk dikaji lebih lanjut kepada pakar fotografi, Harold Snelling. Harold Snelling mengemukan kesimpulan bahawa gambar tersebut asli dan pari-pari tersebut hidup dan bergerak. Kemudian, gambar tersebut ditunjukkan kepada penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle yang juga ahli pergerakan spiritual yang percaya bahawa manusia dapat bercakap dengan roh seseorang yang mati menerusi perantaraan Psikik dan menyiarkan gambar berkenaan bersama artikel mengenai pari-pari yang ditulis dalam majalah The Strand. Setahun selepas itu, ahli nujum terkenal Geoffrey Hodson, dibawa ke Cottingley untuk mengesan sama ada kawasan itu benar-benar dihuni maklus halus. Dia juga mendakwa yang dia turut dapat melihat pari-pari itu sama seperti Frances dan Elsie.

Ketika Elsie berusia 81 tahun, apabila ditemuramah sekali lagi oleh wartawan majalah The Unexplained, Joe Cooper akhirnya, Elsie mengaku bahawa kelima-lima gambar tersebut adalah palsu. Pari-pari itu hanyalah gambar yang dilukis mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book. Gambar itu kemudian digunting dan dilekatkan pada tumbuhan dengan menggunakan jarum supaya kelihatan berdiri. Selepas gambar berkenaan siap dirakam, dia dan Frances membuang semua bahan bukti pembohongan itu ke dalam sungai. Kasihan Sir Arthur Conan Doyle, sampai meninggal dunia pada 1930 tidak mengetahui tentang kebohongan tersebut.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'