Perkahwinan adalah menyatuan dua hati yang saling menyintai dan menyayangi antara satu sama lain jauh sekali untuk menyakiti pasangannya sememang sesuatu yang indah. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan /atau diiktirafkan oleh kepercayaan agama masing-masing. Seseorang yang sedia berkahwin adalah seseorang yang telah bersedia memegang tanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain. Tanggungjawab ini sangat besar sehingga kadangkala walaupun tidak banyak namun terjadi beberapa perkahwinan yang tragis sehingga nyawa jadi taruhan. Seringkali terlihat pasangan yang mempamerkan kemesraan dan kebahagian mereka terutama di media sosial namun disebalik tidak sesiapa pernah membayangkan apa yang mereka lalui dan telah terjadi.
1.
Pada dasarnya perkahwinan Christopher Lee Watts@Watts nampak bahagia tapi tapi tiada siapa menyangka pada awal pagi 13 Ogos 2018 Frederick Colorado, Watts 33 tahun telah mengaku membunuh isterinya yang mengandung 15 minggu, Shanann Cathryn Watts 34 tahun dengan cara mencekiknya sehingga mati. Watts juga mengaku membunuh kedua-dua anaknya iaitu Bella 4 tahun dan Celeste 3 tahun dengan menelengkup menggunakan selimut sehingga sesak nafas dan mati. Kemudian Watts membuang mayat mereka di tangki penyimpanan minyak, Anadarko Petroluem Site tempat dia bekerja. Sebelum kejadian Watts berkata telah berlaku pertelingkahan antara dia dengan Shanann berkenaan dengan isu penceraian. Menjadi punca kepada pembunuhan tersebut. Watts juga mengaku bahawa dia telah merancang pembunuhan tersebut hanya beberapa jam sebelum kejadian sebenar berlaku. Dipercayai dia juga mempunyai hubungan sulit dengan perempuan bernama Nicol Kessinger. Watts didapati bersalah dan disabitkan 4 kesalahan iaitu pembunuhan tahap pertama, menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan tahap ketiga iaitu membunuh isteri dan dua anaknya dan percubaan untuk menghapuskan mayat. Watts dipenjarakan seumur hidup dan tidak layak mendapatkan parol.
2.
Kota Tinggi, Taman Saujana, Malaysia pada 1 March 2021 seorang suami 43 tahun pemandu jengkaut telah menembak isterinya 38 tahun menggunakan senapang angin semasa mangsa sedang tidur di kediaman mereka. Kemudian mayat mangsa dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum tong berkenaan dibawa ke sebuah Ladang Serai, di Bandar Penawar Kota Tinggi lebih 30 Kilometer dari kediaman mereka untuk ditanam. Pembunuhan bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan. Suspek berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
3.
Kampung Gugunungan, Jawa Barat, Indonesia seorang wanita Nani Yuliati 27 tahun dipercayai telah diseksa sebelum dibunuh oleh suami. Mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam tangki kumbahan. Menurut penduduk kampung, sebelum kejadian suspek dikatakan menjerit serta mengamuk seperti seorang sakit jiwa sambil di tangannya memegang parang dan memberitahu akan membunuh sesiapa sahaja. Suspek telah menghilangkan diri sejak kejadian dan masih belum berjaya dikesan. Motif pembunuhan masih dalam siasatan
4.
|
|
Seorang ibu, Norfazera Binti Bidin 27 tahun bersama anaknya Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah 11 tahun telah dibunuh dengan kejam dimana anggota badan dikerat 8 bahagian sebelum kedua-dua kepala mangsa disorok di loteng rumah dua tingkat mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka. Sementara bahagian potongan tubuhnya yang lain dibuang ke dalam semak samun dekat Kampung Ladang, Krubong Melaka dan tong sampah. Pembunuhan dipercayai dilakukan oleh suami mangsa, Shahrul Nizam Zuraimi 31 tahun seorang Warganegara Singapura. Dikhabarkan, berlaku pertengkaran antara suami isteri berkenaan dengan hal keluarga, kerana terlalu marah berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh mangsa menyebabkan dia menikam perut mangsa sebelum memotong kepala mangsa, selepas itu suspek merasa tidak selamat apabila anak tirinya ternampak perbuatan kejamnya sehingga kanak tersebut turut menjadi mangsa pembunuhan. Walaupun belum mendapat rekod pengakuan dari suspek namun jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman mati mandatori.
Ulasan
Catat Ulasan