Mimpi berkaitan dengan anggota badan

Sesetengah orang beranggapan bahawa mimpi hanyalah mainan tidur, namun ada juga segelintir orang percaya bahawa mimpi merupakan ramalan tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Walauapapun tanggapan kita, bersederhanalah dalam membuat sebarang tafsiran kerana takut akan menjejaskan kehidupan seharian kita.

Ini hanyalah tafsiran semata-mata berkenaan dengan mimpi yang berkaitan dengan anggota badan dan terpulang dengan anda untuk bandingkan kehidupan anda dengan mimpi yang anda alami.

Kepala
  1. Mimpi kepala sakit
    • Alamat akan ada perubahan dalam hidup
  2. Mimpi memiliki kepala yang kecil
    • Usaha anda akan gagal
  3. Mimpi memiliki kepala yang besar 
    • Usaha anda akan berjaya
Gigi
  1. Mimpi giginya tanggal sendiri pada bahagian atas
    • Akan berdukacita kerana orang tua ditimpa kemalangan
  2. Mimpi gigi tanggal bahagian bawah
    • Akan berdukacita kerana anak atau isteri meninggal dunia
  3. Mimpi mencabut gigi seseorang
    • Menfaat kesusahan orang lain
  4. Mimpi melihat deretan gigi yang indah pada mulut seseorang
    • Akan terjadi suatu persahabatan yang menarik terhadap lawan jenis anda
  5. Memiliki deretan gigi yang indah
    • Akan muncul keuntungan di masa depan
  6. Mimpi melihat gigi seseorang goyah 
    • Akan mengalami kerugian dari segi kewangan
  7. Mimpi memiliki gigi palsu
    • Seolah anda akan memperoleh keuntungan tapi sebaliknya anda akan rugi
Mata
  1. Mimpi melihat sepasang mata biru
    • Akan merasa kasih sayang yang agung
  2. Mimpi sepasang mata yang hitam 
    • Peringatan agar anda waspada dan lebih berhati-hati
  3. Mimpi sepasang mata yang juling 
    • Akan kekurangan wang
  4. Mimpi pancaran mata yang bernafsu
    • Akan kecewa dalam bercinta
  5. Mimpi sepasang mata berwarna hijau 
    • Akan memperoleh teman yang setia
  6. Mimpi tidak mempunyai mata
    • Alamat sudah dekat ajalya
  7. Mimpi melihat mata orang lain 
    • Akan memperoleh emas atau perak
  8. Melihat orang buta
    •  Akan ada sahabat yang meminta pertolongan
  9. Mimpi diri sendiri buta  
    • Anda harus berhati-hati dalam pekerjaan
Telinga
  1. Mimpi melihat telinga 
    • Akan ada orang mengata pasal kita
  2. Mimpi melihat seorang bertelinga lebar / besar 
    • Permohonan anda akan dikabulkan
  3. Mimpi diri sendiri bertelinga besar 
    •  Akan memperoleh kegembiraan
  4. Mimpi telinga sendiri diperban
    • Kepercayaan anda akan disalah gunakan orang
  5. Mimpi membersih telinga sendiri 
    • Persoalan anda akan terbukti
  6. Mimpi menindik telinga seseorang
    • Akan mengalami kesusahan kerana kejahatan kekasih anda
  7. Mimpi telinga anda ditindik
    • Peringatan suatu janji yang tidak akan ditepati
Hidung
  1. Mimpi hidung berdarah 
    • Akan mengalami keberuntungan walau sekedarnya
  2. Mimpi melihat diri sendiri hidung besar 
    • Anda jangan pendulikan orang lain marah, sewaktu anda sedang menyelesaikan tugas sulit
  3. Mimpi sesak nafas
    • Akan memperoleh kesulitan tertentu
Mulut dan bibir
  1. Mimpi melihat bibir yang tertutup rapat 
    •  Akan menderita kerugian kerana rasa iri hati
  2. Mimpi melihat bibir sendiri 
    • Berhati-hati dalam berbicara
  3. Mimpi bisu 
    • Kata- kata anda tidak dipercaya oleh orang lain
  4. Mimpi memakai lipstick (Merah) 
    • Akan memperoleh sesuatu yang kurang menyenangkan
Pipi
  1. Mimpi mempunyai pipi yang merah segar 
    •  akan memperoleh harapan yang baik
  2. Mimpi mempunyai pipi yang pucat 
    • Akan merasa kekhuatiran atau kesedihan.
Kuku tangan dan kaki
  1. Mimpi melihat kuku-kuku tangan dan kaki
    • Akan memeperoleh kepuasan kewangan
  2. Mimpi melihat kuku-kuku yang panjang 
    • Akan melakukan spekulasi yang tak menentu
  3. Mimpi memotong dan mematahkan kuku 
    • Akan terjadi kerugian kewangan pada diri sendiri
  4. Mimpi mengecat kuku
    • Akan dicap orang kerana tingkah laku anda yang kurang baik
  5. Mimpi memelihara kuku 
    • Akan memperoleh kesuksesan yang baik
  6. Mimpi melihat orang lain memelihara kuku
    • Berhati-hatilah terhadap orang suka menipu
  7. Mimpi merawat kuku orang lain 
    • Alamat ada tipu daya yang direncanakan
  8. Mimpi jari-jari yang kotor
    • Anda terlibat dalam usaha kotor
  9. Mimpi menunjuk jari pada seseorang
    • Teman-teman anda akan melupakan anda

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'