Merungkai misteri setiap persoalan 4' Anjing berbulu hijau'

'Merungkai misteri setiap persoalan' mempunyai pelbagai versi tentang kejadian  misteri yang berlaku disekeliling kita yang memerlukan penjelasan supaya dapat diterima oleh akal bukan dengan mempercayainya secara melulu. Jangan jadikan misteri tersebut mempermainkan hidup kita kerana kadangkala ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata.

1. Anjing berbulu hijau
Kejadian anjing berbulu hijau memang susah untuk dipercayai, namun inilah yang berlaku di Pulau Sardina, Italia dimana lahir seekor anak anjing yang berbulu hijau berbeza dengan empat saudara kembarnya yang lain. Anjing itu dinamakan Pistacchio yang merujuk pada nama kacang hijau, milik seorang peternak domba bernama Cristian Malloci. Ini bukanlah kejadian yang pertama dilaporkan kerana pada Januari juga seekor induk anjing di North Carolina melahirkan seekor anak anjing berwarna hijau bernama Hulk dan pada 2017 kejadian serupa terjadi di Skotlandia.

Menurut penjelasan doktor, fenomena langka ini berlaku kerana selama tempoh kehamilan, biliverdin iaitu zat dari hempedu, bercampur dengan cairan ketuban dari plasenta dan mengenai bulu anak anjing sehingga menyebabkan bulu anak anjing berwarna hijau dan warna hijau pada bulunya akan memudar seiring waktu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'