7 Applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya
Memperkenalkan beberapa applikasi yang terkenal, sejarah dan kegunaannya. Applikasi ini bukan sahaja untuk hiburan semata-mata namun juga mempunyai banyak kelebihan yang bukan sahaja menghiburkan orang ramai malah juga memberi informasi yang berguna.
Semua applikasi yang terkenal ini adalah percuma dengan kata lain semua orang boleh menggunanya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bila-bila masa dan dimana sahaja. Namun, semua applikasi ini juga memerlukan jaringan Internet mudah alih untuk melayarinya. Terdapat juga beberapa filtur dan aplikasi tambahan yang perlu dibayar untuk penggunaannya namun itu terpulang dengan individu tersebut.
1. FACEBOOK
Facebook diasaskan oleh 5 orang sekawan iaitu Mark Zukerberg, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hunghes. Namun Mark Zukerberg lebih terkenal kerana jawatan yang di pegangnya sebagai CEO Facebook.
Nama sebenar Mark Zukerberg ialah Mark Elliot Zukerberg dilahirkan di daerah Westchester Country di New York City.
Facebook mula diperkenalkan pada Februari 2004. Nama asal Facebook ialah Facemash.
Tujuan Facebook ini diperkenalkan supaya dapat mempertemukan orang ramai secara cepat dan tanpa batasan jarak seperti pertemuan lansung umumnya. Sekitar 140 applikasi atau filter tambahan yang ditambah oleh Facebook setiap hari dan 95% pengguna sudah memakai setidaknya satu jenis applikasi yang disediakan. Kini Facebook juga dapat membantu para penggunanya bukan sahaja untuk kegunaan peribadi tetapi juga untuk kepentingan perniagaan, mendapatkan berita tentang isu semasa dan banyak lagi.
2. TIKTOK
Tiktok ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming.
Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video bakat. Applikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk IOS dan Android di pasaran di luar China.
Tiktok ialah applikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, applikasi China pertama untuk mencapai maklamat ini. Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa.
Tiktok diisytiharkan sebagai applikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun dari tahun 2010-2019.
3. INSTAGRAM
Instagram merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Facebook, INC.
Applikasi ini dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan dilancarkan pada bulan Oktober 2010 di IOS. Versi untuk peranti Android dilancarkan pada bulan April 2012, diikuti oleh applikasi sesawang pada bulan November 2012, applikasi Fire OS dapa 15 Jun 2014 dan applikasi untuk tablet dan komputer Windows 10 pada bulan Oktober 2016.
Instagram memulakan pembangunannya di San Francisco sebagai Burbn iaitu applikasi daftar masuk mudah alih. Apabila menyedari bahawa applikasi Burbn terlalu mirip dengan applikasi Foursquare, Systrom dan Krieger menfokus semula applikasi mereka pada perkongsian gambar, yang telah menjadi ciri popular di kalangan pengguna applikasi Burbn.
Mereka menamakan semula applikasi tersebut menjadi Instagram yang diambil daripada gabungan nama Kamera Segera (Instant) dan Telegram(Gram).
Instagram membolehkan pengguna memuat naik gambar dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial termasuk laman yang mendahuluinya seperti Facebook dan Twitter.
Pengguna dapat melihat kandungan pengguna lain dengan hasil daripada teg dan maklumat lokasi, serta melihat kandungan yang menjadi gaya terkini.
Pengguna juga boleh menyukai gambar dan mengikuti pengguna lain untuk menambah senarai ke dalam kandungannya.
Instagram menjadi applikasi mudah alih ke-4 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2010.
4. TWITTER
Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan mikroblog yang membolehkan pengguna menghantar dan membac mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks sehingga 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutus kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai 'Pengikut'(Follower).
Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana applikasi luaran tanpa dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan.
Twitter diperkenalkan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006.
Satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkain sosial ketiga paling banyak digunakan.
5.WHATSAPP
Pelancaran pertamanya ialah pada Januari 2009 dan diasaskan oleh Jan Koum dan Brian Acton.
Applikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara, serta panggilan Video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna.
Applikasi ini juga boleh diakses dari komputer dimana pengguna perkhidmatan ini perlu menyediakan nombor mudah alih selular standard.
6. YOUTUBE
Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal - Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 billion. Youtube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.
Laman web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna.
Kandungan yang tersedia di dalam Youtube ialah klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.
7. GOOGLE PLAY
Ia berfungsi sebagai sebuah kedai applikasi yang rasmi bagi sistem pengendalian Android, membenarkan pengguna untuk melayari dan memuat turun applikasi dibangunkan dengan Android SDK dan diterbitkan melalui Google.
Berfungsi sebagai satu kedai media digital, menawarkan muzik, majalah, buku, wayang, permainan dalam talian, pendidikan, program televisyen, dan banyak lagi.
Pengguna juga boleh membeli peranti perkakasan melalui perkhidmatan ini, seperti Chromebook, peranti mudah alih berjenama Google Nexus, Chromecast dan aksesori yang khusus.
Ulasan
Catat Ulasan