Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Syarat kemasukan ke Universiti Awam lepasan SPM

Imej
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata National (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019. Beliau turut mengatakan ini adalah pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun dimana pencapaian luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.  Walaupun negara berdepan dengan Covid-19 dimana turut terjejas ialah sistem Pendidikan Negara namun ianya tidak menjejaskan kualiti para pelajar dalam mengejar ilmu sehingga mendapat keputusan ujian yang membanggakan. Semestinya para pelajar sekarang sibuk mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita dan harapan. Dan adalah menjadi kebanggan ibubapa untuk melihat anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran.  Sebelum melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lebih baik para pelajar dan ibubapa menyemak senarai Universti d

Upacara pengebumian dan kematian yang ekstrem

Imej
Kematian adalah satu dari kejadian alam yang harus diterima oleh maklukh yang hidup di muka bumi, kerana dunia ini hanyalah. tempat persinggahan sementara. Bagi memperingati kematian seseorang dalam kehidupan, terdapat pelbagai upacara pengebumian mengikut fahaman kebudayaan yang terdapat diseluruh dunia dilakukan. Kadangkalan cara yang mereka lakukan susah untuk diterima akal namun setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menzahirkan sesuatu perkara. 1. Upacara potong hujung jari Masyarakat Dani dari Papua Barat, New Gunie mengiringi kematian saudara terdekat dengan melakukan salah satu upacara ekstrem dengan memotong hujung jari-jari mereka. Mereka percaya kesakitan fizikal yang mereka lalui sebagai tanda kesedihan, penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Kebanyakkan yang melakukan  upacara ini ialah kaum wanita. Sebelum memotong hujung jari , mereka akan mengikat hujung jari dengan tali sehingga hujung jari rasa kebas dan penat. Kemudian memotongnya m

Merungkai misteri setiap persoalan 5

Imej
Menjadi ibu sememangnya adalah keinginan setiap wanita terutama yang sudah berumah tangga. Kadangkala menjadi ibu adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh para doktor di sebabkan oleh beberapa faktor terutama disebabkan oleh faktor kesihatan namun semuanya tidak mustahil jika itu adalah kehendak Tuhan Maha Pencipta. Terdapat beberapa kehamilan yang mustahil tapi berlaku di seluruh dunia. 1. Wanita Lahirkan 10 bayi kembar Seorang wanita berasal dari Pretoria, Afrika selatan bernama Gosiame Thamara Sithole 37 tahun telah melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets menerusi proses pembedahan.  Mengikut laporan laman berita United Press International, Gosiame dipercayai sebagai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling banyak dalam satu masa. Malah pasangan suami isteri tersebut mengaku bahawa Gosiame hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan. Doktor di Hospital Pretoria pada asalnya menjang

Merungkai misteri setiap persoalan 7

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 7 merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Kucing mempunyai sembilan (9) nyawa. Kucing moden dan kucing mesir kuno Kucing merupakan sejenis binatang yang banyak dipelihara dan banyak terdapat di jalan maupun sekitar kita. Bukan saja mempunyai muka yang comel namun kucing turut menjadi peneman manusia. Kucing dipelihara sejak masa Mesir Kuno lagi, bahkan dianggap penting oleh masyarakat Mesir Kuno. Kucing di Mesir Kuno diwakili dalam amalan sosial dan keagamaan selama lebih 3,000 tahun. Beberapa dewa-dewa Mesir Kuno digambarkan dan diukir dengan kepala kucing seperti Mafdet,

Tafsiran mimpi tentang rambut dalam kehidupan seharian

Imej
Rambut merupakan salah satu daripada aset penampilan seharian. Setiap individu mempunyai pelbagai fesyen rambut yang digayakan mengikut keinginan dan citarasa masing-masing. Namun sedarkah kita bahawa bermimpi tentang rambut merupakan salah satu mimpi yang sering kita alami. Bermimpi tentang rambut boleh ditafsir dari pelbagai sisi dan terpulang kepada penerimaan setiap individu. Sesetengah orang beranggapan bahawa mimpi hanyalah mainan tidur, namun ada juga berpendapat bahawa mimpi merupakan ramalan tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Walauapapun tanggapan kita, bersederhanalah dalam membuat sebarang tafsiran kerana takut akan menjejaskan kehidupan seharian kita. Terdapat beberapa mimpi tentang rambut yang harus kita fahami. Baik Mimpi berambut putih   Akan beroleh keuntungan dalam usaha dan berumur panjang. Mimpi melihat rambut kerinting   Masalah cinta akan berakhir dengan kebahagian Mimpi melihat melihat lelaki bot

Kristen yang benar dan bidat Kristen

Imej
Kekristenan atau Kristianitas atau agama Kristen adalah agama Abraham monoteistik berasaskan riwayat hidup dan ajaran Yesus Kristus, yang merupakan inti sari agama Kristen. Agama Kristen adalah agama terbesar di dunia dengan lebih 2.4m penganutnya atau 33% daripada populasi global, yang disebut "Umat Kristen", atau "Umat Kristus". Agama Kristen yang benar adalah agama yang mempunyai beberapa pendirian utama dan jika mengimani di luar konteks yang ditetapkan oleh agama Kristen dianggap sebagai "Bidat" Kristen.  Bidat bermaksud suatu ajaran atau aliran yang menyimpang dari ajaran resmi. Terdapat banyak lagi bidat agama Kristen selain yang dinyatakan jadi orang ramai terutama penganut agama Kristen harus berhati-hati kerana walaupun mereka mengaku bahawa mereka beragama Kristen namun mereka menyimpang dari ajaran Kristen yang sebenarnya. AGAMA KRISTEN YANG BENAR 1. Mengimani Kitab Suci Bible (Perjanjian Lama da

Bayi Batu, Bunting Anggur dan Cyst

Imej
Gumbalan yang membentuk bayi batu Kes mengandung "Bayi Batu" sangat jarang berlaku. Cuma terdapat beberapa ratus kes saja yang terjadi diseluruh dunia. Seperti kes dimana seorang wanita telah mengandung "Bayi Batu" selama 46 tahun bernama Zahra Aboutalib dari Casablanca, Maroko. Ketika berumur 26 tahun Zahra telah mengandung dan telah dihantar ke rumah sakit kerana terdapat komplakasi bayi dalam kandungan. Ketika membuat pemeriksaan berkala, dia melihat terdapat wanita yang meninggal saat melahirkan anak, menyebabkan dia berasa takut dan tidak ingin lagi pergi kerumah sakit. Tidak lama kemudian dia merasa sakit di bahagian perut namun selang beberapa hari kesakitannya memudar dan menghilang menyebabkan dia terlupa tentang bayi dalam kandungannya. Memandangkan dia merasa takut dan susah untuk beranak dia mengambil tiga orang anak angkat. Namun pada usianya 75 tahun kesakitan yang dia alami sebelum ini kembali lagi. S

Kebaikan dan keburukkan Infrared Sauna Blanket

Imej
Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan terutama yang mempunyai masalah berat badan. Selain pengambilan ubat-ubatan pelansing badan dan penggunaan peralatan untuk senaman. Tidak kurang juga ada segelintir yang mengambil inisiatif sendiri dengan bersenam, berjogging, berenang atau sebagainya. Turut diperkenalkan Infrared Sauna Blanket. Apa itu Infrared Sauna Blanket: Terapi haba panas / Infrared rays Suhu dikawal menggunakan alat kawalan konfigurasi Suhu boleh di set dari 35 ke 75 Darjah Celcius Masa boleh ditetapkan dari 15 hingga 60 minit Mempunyai keupayaan ketegangan fleksible yang tinggi . Tahan lasak Ciri keselamatan * Wayar pemanasan direka bentuk supaya dapat menahan regangan Kawalan suhu dua zon di bahagian depan dan belakang badan Selimut diperbuat dari bahan PU berkualiti tinggi, tebal dan lembut. Bahagian dalam pula adalah PVC Kalis air Terdapat 7 lapisan yang digunakan. Cara terapi infrared sauna blanket bertindak: