Syarat kemasukan ke Universiti Awam lepasan SPM
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata National (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019. Beliau turut mengatakan ini adalah pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun dimana pencapaian luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
Walaupun negara berdepan dengan Covid-19 dimana turut terjejas ialah sistem Pendidikan Negara namun ianya tidak menjejaskan kualiti para pelajar dalam mengejar ilmu sehingga mendapat keputusan ujian yang membanggakan.
Semestinya para pelajar sekarang sibuk mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita dan harapan. Dan adalah menjadi kebanggan ibubapa untuk melihat anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran.
Sebelum melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lebih baik para pelajar dan ibubapa menyemak senarai Universti dan kelayakan kemasukan ke Program yang di tawarkan bagi memudahkan pemilihan dibuat.
- Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari/ Februari setiap tahun.
- Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. MyKad layak mengemukan permohonan
- Syarat Am permohonan kemasukkan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM adalah seperti berikut:
- Asasi/ Matrikulasi - Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
- Diploma - Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk lulus Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Sejarah
- Syarat Am permohonan kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ METrO/ Kolej Komuniti/ ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM adalah seperti berikut:
- Diploma - Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan SPM
- Sijil - Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan boleh membaca, menulis dan mengira.
- Permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi Kemasukan
- Permohonan perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukan permohonan. No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan disiarkan. Permohonan perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No.Unik ID dengan harga RM15.65 termasuk GST yang dikenakan oleh BSN
- Pastikan No.MyKad yang tertera dalam slip No.Unik ID BSN adalah betul. No.Unik ID untuk lepasan SPM bermula dengan angka 16XXX
- Jika anda belum membeli No.Unik ID anda boleh mendaftar kali pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang diperlukan. Selepas mendaftar anda boleh akses UPUOnline untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan:
- Manual Pengguna UPUOnline
- e-Panduan : Syarat Am dan Khas kemasukan
- Lepas itu baru anda beli No.Unik ID
- Anda digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline selain dapat mengelak sebarang masalah teknikal/ kesesakan. Pemilihan program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati. Setelah keputusan SPM sebenar keluar, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan.
- Dalam e-panduan, anda boleh menyemak sama ada anda layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem semak Syarat di www.semaksyarat.info
- Jika terjadi kesilapan dalam mengisi jenis kategori, anda perlu memaklumkan kepada Pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 bagi mengelakan sebarang kesukaran proses permohonan.
- Permohonan tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.
Ulasan
Catat Ulasan