Upacara pengebumian dan kematian yang ekstrem
Kematian adalah satu dari kejadian alam yang harus diterima oleh maklukh yang hidup di muka bumi, kerana dunia ini hanyalah. tempat persinggahan sementara. Bagi memperingati kematian seseorang dalam kehidupan, terdapat pelbagai upacara pengebumian mengikut fahaman kebudayaan yang terdapat diseluruh dunia dilakukan. Kadangkalan cara yang mereka lakukan susah untuk diterima akal namun setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menzahirkan sesuatu perkara.
1. Upacara potong hujung jari
Sebelum memotong hujung jari , mereka akan mengikat hujung jari dengan tali sehingga hujung jari rasa kebas dan penat. Kemudian memotongnya menggunakan kapak. Hujung jari yang sudah dipotong akan dikeringkan kemudian dibakar sehingga menjadi abu. Abu hujung jari tersebut akan disimpan di dalam bekas dan dikuburkan di sebuah kawasan khusus.
Walaupun upacara ini sudah dilarang namun kesan masih boleh dilihat iaitu kecacatan fizikal kekal akibat pemotongan hujung jari tersebut.
2. Upacara Endocannibalisme
Bagi masyarakat kuno pula, memakan daging si mati bertujuan untuk menyerap sifat-sifat dan kebaikan si mati supaya boleh dibawa oleh keturunan si mati dan juga agar si mati mendapat kedamaian di langit.
3. Upacara Sati@Sutee
Biasanya amalan ini dilakukan secara sukarela, namun terdapat juga unsur-unsur jenayah paksaan ini kerana janda didorong untuk melakukan sati agar harta warisan yang mereka miliki dapat dialihkan kepada keluarga lainnya. selain itu kesukaran yang dilalui oleh janda menyebabkan mereka memilih melakukan sati.
Pada tahun 1987,di Kampung Deorola di daerah Sikar Rajasthan, dimana kes sati terkenal dilakukan oleh seorang wanita muda berumur 18 tahun bernama Roop Kanwar telah dibakar bersama dengan mayat suaminya 24 tahun dimana mayat suaminya dalam pelukannya. Memberi berkati kepada orang ramai yang datang melihat sambil mengucapkan mantra Gayati. Menjadi tontonan yang menyeramkan bagi orang ramai sehingga ada yang tidak sanggup untuk menontonnya. Ada yang beranggapan bahawa terdapat unsur jenayah kerana amalan ini sudah dilarang ditambahkan lagi dengan Roop Kanwar yang mempunyai latar belakang berpendidikan.
4. Sky burial@pengebumian langit
Dalam upacara ini mayat si mati akan dipotong menjadi cebisan kecil. Pada kebiasaannya cebisan mayat yang dipotong akan di bawa ke kawasan pergunung untuk diberi makan kepada burung dan binatang. Upacara ini sudah diamalkan sejak ribuan tahun.
Ulasan
Catat Ulasan