Merungkai misteri setiap persoalan 5

Menjadi ibu sememangnya adalah keinginan setiap wanita terutama yang sudah berumah tangga. Kadangkala menjadi ibu adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh para doktor di sebabkan oleh beberapa faktor terutama disebabkan oleh faktor kesihatan namun semuanya tidak mustahil jika itu adalah kehendak Tuhan Maha Pencipta. Terdapat beberapa kehamilan yang mustahil tapi berlaku di seluruh dunia.

1. Wanita Lahirkan 10 bayi kembar
Seorang wanita berasal dari Pretoria, Afrika selatan bernama Gosiame Thamara Sithole 37 tahun telah melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets menerusi proses pembedahan. 

Mengikut laporan laman berita United Press International, Gosiame dipercayai sebagai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling banyak dalam satu masa. Malah pasangan suami isteri tersebut mengaku bahawa Gosiame hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.

Doktor di Hospital Pretoria pada asalnya menjangka dia bakal melahirkan bayi kembar lapan namun menurut suaminya, Teboho Tsotetsi doktor terkejut apabila mendapati sebenarnya terdapat 10 bayi dalam kandungan Gosiame terdiri dari 7 bayi lelaki dan 3 bayi perempuan. Gosiame terpaksa melahirkan bayi-bayi tersebut ketika kandungannya berusia tujuh bulan tujuh hari melalui pembedahan kerana bimbang akan risiko di mana bayi-bayi tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam rahim, yang membawa kepada risiko mereka menjadi kecil jika dibiarkan di dalam rahim lebih lama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Falkuti Perubatan di Universiti sains Kesihatan Sefako Makgatho, Profesor Dini Mawela berkata, keadaan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang banyak tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.

Sebelum ini, Rekod tersebut dipegang oleh seorang wanita dari Maghribi selepas melahirkan bayi kembar sembilan.

2. Wanita paling subur
Dilaporkan, Valentina Vassilyeva yang hidup pada abad ke-18 di Syuha, Rusia adalah pemegang Guinnes World Records sebagai wanita paling subur di dunia. Valentina meninggal pada usia 76 tahun. 

Beliau mempunyai 69 anak kandung hasil dari 27 kehamilan antara tahun 1725 hingga 1765. Di mana 16 pasang kembar 2, tujuh pasang kembar 3 dan empat pasang kembar 4. Dua antaranya meninggal saat dilahirkan.

Namun tidak dapat dipastikan samaada kesuburan adalah di pihak wanita tersebut atau sang suami kerana suaminya juga mempunyai isteri lain yang mempunyai 18 anak dimana dua belas kembar 2 dan enam kembar 3.

3. Ibu terkecil didunia
Seorang ibu bernama Stacey Heral yang berasal dari Dry Ridge, Kentucky, Amerika Syarikat memegang rekod dunia sebagai ibu terkecil didunia dengan ketinggian hanya 71cm. Bukan sahaja mempunyai saiz badan yang terkecil malah menghidap beberapa penyakit genetik yang jarang berlaku dimana paru-paru beliau tidak maju (underdeveloped lungs), bentuk badan yang gagal membesar (osteogenisis imperfecta), dan mempunyai tulang agak rapuh (brittle bones). 

Walaupun telah diberi amaran oleh doktor bahawa risiko untuk Stacey mengandung kerana bayi dalam kandungan akan membesar sehingga boleh menekan organ-organ dalaman, dan melemaskan Stacey dari dalam. Malah doktor turut merasa bimbang jika anaknya akan mewarisi penyakit Stacey,  namun Stacey tidak mengendahkan amaran doktor malah semakin menguatkan keinginannya untuk mempunyai anak. Malah Stacey melahirkan tiga anak dalam tempoh empat tahun. 

Stacey berjaya melahirkan anak pertamanya, Kateri yang juga mewarisi penyakitnya. Kateri dilahirkan pada usia kandungan 28 minggu dan berat kurang daripada 1kg pada 2007. Setahun selepas itu pada 2008, Stacey melahirkan anak perempuan keduanya Makya pada usia kandungan 34 minggu dengan berat 2kg. Makya terlahir sebagai bayi yang normal. Anak ketiganya ialah seorang bayi lelaki bernama Malachi, yang dilahirkan pada usia 28 minggu pada 2010. Saat dilahirkan bayi tersebut berada dalam keadaan yang sangat lemah sehingga hampir mati. Atas bantuan dan kebijaksaan para doktor maka bayi lelakinya bisa diselamatkan. Bayi tersebut turut mengalami penyakit genetik yang sama seperti ibunya. Anak lelakinya turut mempunyai lengan dan kaki yang tidak normal. Semua anaknya dilahirkan secara ceasarean.

Stacey bergerak sepenuhnya menggunakan kerusi roda dengan bantuan suaminya Will yang mempunyai bentuk badan yang normal dengan ketinggian 5 kaki 9 inci, banyak membantunya melakukan kerja rumah. Malah Stacey berasa beruntung kerana mempunyai suami yang sangat baik, menjaga anak-anak mereka pada waktu malam. Memberi masa untuk Stacey berehat dan tidur.

Walaupun keputusan untuk mengandung dianggap sesuatu yang kejam oleh beberapa pihak kerana anak-anak turut menderita kerana penyakit bawaan namun setiap orang terutama pasangan suami isteri berhak menentukan untung nasib mereka. Cuma mampu berharap supaya yang terbaik berlaku.

Stacey Herald meninggal pada usia 44 tahun, melahirkan tiga bayi yang dianggap mustahil oleh para doktor  dan sekali gus pemegang Guinness World Records sebagai ibu terkecil di dunia.

Jangan lupa untuk membaca:








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki