Merungkai misteri setiap persoalan 7
Merungkai misteri setiap persoalan 7 merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.
1. Kucing mempunyai sembilan (9) nyawa.
Kucing moden dan kucing mesir kuno |
Kucing merupakan sejenis binatang yang banyak dipelihara dan banyak terdapat di jalan maupun sekitar kita. Bukan saja mempunyai muka yang comel namun kucing turut menjadi peneman manusia. Kucing dipelihara sejak masa Mesir Kuno lagi, bahkan dianggap penting oleh masyarakat Mesir Kuno. Kucing di Mesir Kuno diwakili dalam amalan sosial dan keagamaan selama lebih 3,000 tahun. Beberapa dewa-dewa Mesir Kuno digambarkan dan diukir dengan kepala kucing seperti Mafdet, Bastet dan Sekhmet, mewakili keadilan, kesuburan dan kekuatan ketuhanan Mut juga digambarkan sebagai kucing dan bersama-sama kucing Kucing dipuji kerana membunuh ular berbisa dan melindungi Firaun sekurang-kurangnya sejak Dinasti Pertama Mesir. Di Jepun, kucing maneki neko ialah sibol nasib baik.
Sementara di Eropah, kucing dihindari dan ditakuti terutamanya yang berwarna hitam kerana menganggap kucing sebagai haiwan yang berkaitan dengan ilmu sihir, utusan malam yang mampu melakukan bidaan penyihir iaiti syaitan sendiri. Namun pada abad pertengahan kucing menjadi haiwan yang penting kerana dapat membantu manusia berburu tikus. Dagingnya untuk dimakan dan bulunya untuk dijadikan pakaian dan perhiasan.
Anggapan bahawa kucing memiliki sembilan nyawa dipercayai hampir di seluruh dunia dan di semua generasi. Ini kerana kucing selalu selamat dari dari bahaya seperti jatuh dari tempat tinggi tanpa mengalami sebarang luka yang serius dan selamat dari pelbagai kemalangan yang menimpanya. Namun anggapan bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa ternyata hanyalah mitos belaka.
Kucing juga seperti makhluk hidup lainnya yang mempunyai satu nyawa saja. Kucing mampu selamat ketika jatuh dari tempat tinggi dan selamat dari pelbagai kemalangan kerana kucing mempunyai anatomi yang kuat. Di mana, permukaan badan yang besar dibandingkan beratnya, sehingga mengurangkan beban saat jatuh. Kucing turut memiliki kelenturan tulang dan ligamen yang membantu menghindarinya cedera dari pelbagai kemalangan. Selain itu kucing memiliki refleks yang cepat serta ketrampilan pengambilan keputusan yang cepat dan ketangkasan yang luar biasa membantu kucing mengelak sebarang kemalangan dengan mudah.
2. Manusia mempunyai tujuh (7) kembar seiras.
artis-artis yang mempunyai doppelgangers |
Wajah merupakan identiti setiap manusia. Manusia yang mempunyai kembaran yang tidak berhubung darah dipanggil 'doppelganger' atau twins strangers.
Menjadi persoalannya ialah adakah 'doppelganger' benar-benar wujud atau hanyalah mitos.
Doppelganger memang wujud, tapi tidak ada yang 100% sama dalam segala aspek. Menurut laporan BBC Future menyimpulkan bahwa tidak mungkin doppelganger memiliki replika yang tepat hingga ke sentimeter wajah, namun menemukan orang yang struktur wajah yang sangat mirip bukanlah tidak mungkin kerana banyak orang yang telah menemukan kembarannya.
Melalui penelitian yang dibuat oleh Teghan Lucas dan rakan-rakannya dari Universiti of Adelaide. Dengan menggunakan kumpulan foto anggota militer Amerika, Teghan menganalisis 4000 wajah mereka dan akhirnya sampai satu kesimpulan " Dari 7,4m penduduk bumi, hanya 1 dari 135 orang yang memiliki doppelganger atau kembaran yang tak terikat hubungan darah". Meskipun terlihat seakan mirip namun penelitian ini tidak menampakkan jaminan bahwa manusia memiliki ciri fizikal yang sama dengan kembarnya. kemungkinan dua orang memiliki lapan ciri wajah yang sama, adalah kurang satu dari satu trilliun orang.
David Aldous
' Tergantung mirip seperti apa yang kita maksudkan. Mirip sesuai apa yang di katakan mesin pemindai, atau mirip bagi mata manusia'
Francois Brunelle
'Bagi saya, doppelganger yang dimaksudkan itu adalah di saat kita melihat dia dan berfikir bahawa dia adalah orang lain. Jadi, lebih ke bagaimana bahasa tubuh dan cara bertindak. Ketika mereka dilihat sendiri-sendiri, mereka terasa sangat mirip. Namun, ketika mereka kita sandingkan saling bersebelahan, kita mulai sadar kalau mereka tidak mirip'.
Winrich Freiwald yang mempelajari ekspresi wajah dari Universiti Rockefeller
'Jika seseorang mempunyai wajah 'rata-rata', maka kemungkinan untuk menemukan kembarannya semakin besar' iaitu tidak mempunyai rupa paras yang unik.
Douglas
'Soalnya tinggi saya 170cm sementara dia (si doppelganger) 191cm...jadi ,ya..cuma wajahnya saja yang mirip,'.
Yang biasanya dinilai oleh mata kasar cuma persamaan dari segi hidung, bahagian mata, dan mulut.
Jika anda berminat untuk mencari doppelganger anda mungkin anda boleh mencari dengan menekan link yang disediakan https://twinstrangers.net. Seorang gadis bernama Niamh mengunakan link tersebut untuk mencari doppelgangernya. Dia berjaya menemukan dua orang doppelgangernya yang berasal dari negara berbeda, namun masih mencari lima lagi doppelgangernya. Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan untuk memiliki doppelganger memang ada mungkin satu atau dua orang saja kalau sampai tujuh adalah sangat mustahil.
Jangan lupa untuk membaca:
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 1.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2021/01/Merungkai misteri setiap persoalan 2.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 3.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 4.html
- https://rachelnajoh.blogspot.com/2020/12/Merungkai misteri setiap persoalan 5.html
Ulasan
Catat Ulasan