Tafsiran mimpi tentang rambut dalam kehidupan seharian

Rambut merupakan salah satu daripada aset penampilan seharian. Setiap individu mempunyai pelbagai fesyen rambut yang digayakan mengikut keinginan dan citarasa masing-masing.

Namun sedarkah kita bahawa bermimpi tentang rambut merupakan salah satu mimpi yang sering kita alami. Bermimpi tentang rambut boleh ditafsir dari pelbagai sisi dan terpulang kepada penerimaan setiap individu.

Sesetengah orang beranggapan bahawa mimpi hanyalah mainan tidur, namun ada juga berpendapat bahawa mimpi merupakan ramalan tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Walauapapun tanggapan kita, bersederhanalah dalam membuat sebarang tafsiran kerana takut akan menjejaskan kehidupan seharian kita.

Terdapat beberapa mimpi tentang rambut yang harus kita fahami.
Baik
  1. Mimpi berambut putih 
    • Akan beroleh keuntungan dalam usaha dan berumur panjang.
  2. Mimpi melihat rambut kerinting 
    • Masalah cinta akan berakhir dengan kebahagian
  3. Mimpi melihat melihat lelaki botak
    • Akan memperoleh penghargaan dan kekayaan.
  4. Mimpi rambutnya seketika menjadi lebat 
    • Akan mendapat khabar gembira terutama yang bekerluarga akan mendapat anak.
  5. Mimpi menyikat rambut 
    • Kesengsaraan hidup akan berakhir
  6. Mimpi kepala timbul luka-luka banyak
    • Akan memperoleh keuntungan
  7. Mimpi mewarna rambut sendiri
    • Harapan-harapan yang baik dalam bidang usaha
  8. Mimpi memotong rambut orang lain
    • Akan memperoleh keuntungan atas pertolongan orang lain.
  9. Mimpi memiliki rambut hitam lebat 
    • Akan mendapat kesihatan yang baik
  10. Mimpi mengepang@menganyam rambut
    • Suatu persahabatan yang retak akan pulih kembali.
Buruk
  1. Mimpi berambut merah
    •  Akan mempunyai perasaan hati yang tidak enak
  2. Mimpi rambut menutup mata 
    • Akan mengalami hinaan atau ejekan mendadak
  3. Mimpi melihat rambut palsu
    • Akan ditipu orang yang disangka teman sendiri
  4. Mimpi rambut berjatuhan 
    • Akan bersedih hati
  5. Mimpi potong rambut / Cukur 
    • Ada diantara sanak saudara yang terganggu kesihatan atau akan terpisah / bercerai dengan kekasihnya
  6. Mimpi mewarnakan rambut orang lain 
    • Segala sesuatu yang kita usahakan akan sia-sia
  7. Mimpi mencuci rambut sendiri 
    • Akan mendapat gangguan hidup atau bakal sakit
  8. Mimpi melihat rambut tumbuh di tangan
    • Petanda akan berlaku perkara yang kurang baik
  9. Mimpi melihat seorang wanita yang botak
    • Akan ada yang membenci atau dibenci
  10. Mimpi kepala keluar tanduk 
    • Akan berlaku perselisihan faham
  11. Mimpi rambut digunting orang
    • Bagi yang bercinta akan berpisah dengan kekasihnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'