Kebaikan dan keburukkan Infrared Sauna Blanket
Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan terutama yang mempunyai masalah berat badan. Selain pengambilan ubat-ubatan pelansing badan dan penggunaan peralatan untuk senaman. Tidak kurang juga ada segelintir yang mengambil inisiatif sendiri dengan bersenam, berjogging, berenang atau sebagainya. Turut diperkenalkan Infrared Sauna Blanket.
Apa itu Infrared Sauna Blanket:
- Terapi haba panas / Infrared rays
- Suhu dikawal menggunakan alat kawalan konfigurasi
- Suhu boleh di set dari 35 ke 75 Darjah Celcius
- Masa boleh ditetapkan dari 15 hingga 60 minit
- Mempunyai keupayaan ketegangan fleksible yang tinggi . Tahan lasak
- Ciri keselamatan * Wayar pemanasan direka bentuk supaya dapat menahan regangan
- Kawalan suhu dua zon di bahagian depan dan belakang badan
- Selimut diperbuat dari bahan PU berkualiti tinggi, tebal dan lembut. Bahagian dalam pula adalah PVC Kalis air
Terdapat 7 lapisan yang digunakan.
Cara terapi infrared sauna blanket bertindak:
Kesan terapi infrared sauna blanket, haba panas akan menyebabkan suhu badan meningkat. Seterusnya akan membantu dalam pembakaran lemak badan. Terdapat pelbagai jenama infrared sauna blanket dipasaran, semuanya mempunyai fungsi yang sama. Selepas menggunakan infrared sauna blanket elakkan dari terus mandi sekurang-kurangnya 30 minit selepas penggunaannya.
Kebaikan menggunakan Infrared sauna blanket:
- Membantu menghasilkan tubuh yang sihat dan mengurangkan berat badan
- tidur yang lebih nyenyak
- badan lebih santai
- detoksifikasi
- membantu mengurangkan masalah ketegangan otot
- menghilangkan sakit sendi seperti artritis
- anjalkkan kulit badan dan sihat
- melancarkan peredaran darah
- membantu orang yang menghidap sindrom keletihan kronik
- Melancarkan peredaran darah
10 minit penggunaan infrared Sauna Blanket persamaan dengan:
Keburukkan menggunakan infrared sauna blanket:
- Setakat ini belum ada lagi kajian yang menyatakan secara jelas tentang keburukan menggunakan infrared sauna blanket walau bagaimana pun terdapat kesan yang masih dipertimbangan seperti keadaan yang panas, penyahhidratan atau kehilangan cecair dalam badan.
Saranan bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti dibawah adalah tidak digalakkan untuk menggunakan sauna blanket:
- Mempunyai masalah tekanan darah tinggi
- Ibu mengandung
- Masalah jantung
- Kanser
- Masalah kulit.
- Cerebral palsy
- Hypertensi
Pastikan selepas anda menggunakan infrared sauna blanket minum air dan berehat secukupnya. Jaga pemakanan kurangkan makan manis dan berlemak. Elakkan air bergas dan minuman sejuk.
Ulasan
Catat Ulasan