Bayi Batu, Bunting Anggur dan Cyst

Gumbalan yang membentuk bayi batu

Kes mengandung "Bayi Batu" sangat jarang berlaku. Cuma terdapat beberapa ratus kes saja yang terjadi diseluruh dunia.

Seperti kes dimana seorang wanita telah mengandung "Bayi Batu" selama 46 tahun bernama Zahra Aboutalib dari Casablanca, Maroko. Ketika berumur 26 tahun Zahra telah mengandung dan telah dihantar ke rumah sakit kerana terdapat komplakasi bayi dalam kandungan.

Ketika membuat pemeriksaan berkala, dia melihat terdapat wanita yang meninggal saat melahirkan anak, menyebabkan dia berasa takut dan tidak ingin lagi pergi kerumah sakit.

Tidak lama kemudian dia merasa sakit di bahagian perut namun selang beberapa hari kesakitannya memudar dan menghilang menyebabkan dia terlupa tentang bayi dalam kandungannya.

Memandangkan dia merasa takut dan susah untuk beranak dia mengambil tiga orang anak angkat. Namun pada usianya 75 tahun kesakitan yang dia alami sebelum ini kembali lagi.

Salah seorang dari anaknya merasa simpati dan membawanya untuk berjumpa dengan pakar perubatan bernama Professor Taibi Quazzi. Professor Taibi berfikir bahawa perut Zahra membesar disebabkan oleh Tumor Ovarium dan ujian Ultrasound pun dilakukan.

Namun sangkaannya melesat kerana sebenarnya ia adalah janin yang dikandung oleh Zahra selama 46 tahun yang telah bertukar menjadi "Bayi Batu".

Zahra mengalami kehamilan ektopik dimana telur tersebut berada di saluran falopi. Janin yang membesar telah melalui saluran falopi dan terus berkembang di bahagian perut menyebabkan dia merasa sakit.

Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan janin yang seberat 7 kilogram dan panjang 42 cm yang telah bertukar menjadi "Bayi Batu"

Kes lain pula ialah dimana seorang wanita berumur 60 tahun asal  Jambi melahirkan "Bayi Batu" berusia 37 tahun.

Pada awalnya wanita tersebut merasa susah untuk membuang air besar selama bertahun-tahun. Wanita tersebut pergi kerumah sakit apabila melihat bonjolan di perutnya. 

Pada awalnya Doktor ingat wanita tersebut mempunyai Tumor namun apabila pemeriksaan secara terperinci di lakukan ternyata menemukan bayi dalam perut pesakit yang sudah mengeras seperti batu.

Pembedahan segera dilakukan dan mengambil masa 2jam 30minit. Akhirnya wanita tersebut dapat membuang air besar seperti biasa.

Kejadian yang terjadi kepada wanita tersebut dikenali sebagai lithopedion, dimana sperma gagal kembali ke rahim namun sel telur tetap berkembang di perut atau di luar rahim. Sperma melekat dan sembunyi di bahagian belakang rahim dan keadaan ini tidak biasa terjadi.

Saat ini bayi batu tersebut masih berada di RUSD Raden Mattaher, Jambi.Doktor Parianto memberitahu bahawa wanita dan keluarganya meninggalkan "Bayi Batu" tersebut untuk tujuan penyelidikkan

Lain pula dengan kes dimana seorang wanita mengalami bunting anggur atau dipanggil Mola Hydatidosa dimana pembentukan ari-ari(placenta) yang abnormal saat kehamilan namun hal ini jarang terjadi. Kondisi kehamilan ini tergolong dalam penyakit Trofoblastik Gestasional. Keadaan ini terjadi apabila ari-ari terbentuk seperti gumbalan anggur namun janin lansung tidak terbentuk. 

Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!

Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air atau lendir dipanggil simple cyst , atau ada yang lebih kompleks mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras.

Simple cyst: terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

Endometrioma: endometriosis, di mana sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya cyst jenis ini dan dipanggil endometrioma.

Dermoid cyst : terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

Fly Geyser Pancutan Air Panas Semulajadi yang indah

koleksi mistik penarik rezeki