Catatan

Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 12 'Api abadi'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Pintu ke Neraka Derweze Derweze bererti pintu gerbang dalam bahasa Turkmen, sehingga penduduk setempat menggelar kawah yang terbakar "Pintu Ke Neraka". Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260km ke utara Ashgabat. Bawah tanah Derweze kaya dengan gas asli. Pada tahun1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa lubang bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelatar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar 70meter (230kaki) dan kedalaman 2...

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada pekebun kecil

Imej
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2021) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan bahawa Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 pekebun kecil. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM69.9 juta. Tujuannya sebagai usaha berterusan dilaksanakan Kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara. Pembayaran RM600 seorang pada kadar RM300 untuk bulan Disember 2021 dan bulan Januari tahun 2022. Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dengan dokumen berkaitan seperti yang dinyatakan. 1. PEKEBUN KECIL PEMILIK       Syarat kelayakan: Warganegara Malaysia Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar Pemilik tanah yang sah Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah    ...

Madu untuk kesihatan seharian

Imej
Madu ialah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis genus Apis hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies ini menjalankan pendebungaan.  Kualiti madu yang baik adalah madu yang tidak terdapat kandungan air tinggi. Beberapa kontaminan yang pada madu antara logam berat, dan residu pestisida harus kurang dari batas maksimal yang diperbolehkan. Selain itu kadar HMF tidak boleh lebih dari 40mg/kg yang menandakan bahawa bila madu sudah disimpan lama atau disimpan kurang baik, kadar HMF nya akan meningkat  secara umum, madu yang baik adalah madu yang kadar airnya kurang dari 21%, memiliki tahap tindak balas diastase diatas 3 dan kandungan HMF dibawah 40mg/kg. Namun amat sukar untuk mengenal pasti ketulinan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutama madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutama di Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia mene...

Pinjaman Kerajaan membuat rumah di tanah sendiri

Imej
Rekabentuk RMR Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang, namun tidak dinafikan kos untuk membuat rumah bukannya murah. Walaupun anda mempunyai tanah sendiri tapi anda terpaksa menyimpan niat untuk membina rumah kerana faktor kewangan. Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Skim  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Rumah Mesra Rakyat (RMR).  Untuk makluman anda program Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia. Skim SPNB Rumah Mesra Rakyat menawarkan bantuan rumah untuk buat rumah sendiri di tanah sendiri dan cara permohonannya juga cukup mudah. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa . Keutaman diberikan kepada anda warganegara Malaysia yang tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah sendiri tetapi sudah usa...

Merungkai misteri setiap persoalan 6 'Gerhana bulan penuh'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 6 'Gerhana bulan penuh'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.  Gerhana Bulan Penuh@Super Flower Blood Moon Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit. Fenomena ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee). Ia berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.  Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian...

3 Miss Universe Malaysia yang berasal dari Sarawak

Imej
 Pertandingan Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan ratu cantik yang berprestij di Malaysia. Peserta pertandingan Miss Universe Malaysia datang dari pelbagai negeri dalam Malaysia.  Peserta yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia secara automatik layak menyertai pertandingan Miss World dimana peserta pertandingan datang dari pelbagai negara. Dan penganjurannya juga diadakan di pelbagai negara. Sarawak merupakan salah satu negeri  dalam Malaysia yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia dan sekaligus bawa penyertaan ke Miss World. Orang Sarawak harus bangga dengan pencapaian tersebut. Mereka telah membawa Sarawak ke mata dunia. Miss Universe Malaysia 2014 Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha dilahirkan pada 7 September 1989. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia beliau berumur 25 tahun. Tinggi Dewi Liana Seriestha ialah 1.80m (5ft 11in). Beliau bekerja sebagai Penyanyi, Model,...

Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar Bank Rakyat

Imej
Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini. Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk program bantuan bayaran pembiayaan bersasar pelanggan B40 Pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut: Pembiayaan Peribadi-i Pembiayaan Perumahan-i Pembiayaan Kenderaan-i Sewa Beli Kenderaan-i Pembiayaan Pendidikan-i Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Ka...