3 Miss Universe Malaysia yang berasal dari Sarawak

 Pertandingan Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan ratu cantik yang berprestij di Malaysia. Peserta pertandingan Miss Universe Malaysia datang dari pelbagai negeri dalam Malaysia. 

Peserta yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia secara automatik layak menyertai pertandingan Miss World dimana peserta pertandingan datang dari pelbagai negara. Dan penganjurannya juga diadakan di pelbagai negara.

Sarawak merupakan salah satu negeri  dalam Malaysia yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia dan sekaligus bawa penyertaan ke Miss World. Orang Sarawak harus bangga dengan pencapaian tersebut. Mereka telah membawa Sarawak ke mata dunia.

Miss Universe Malaysia 2014 Dewi Liana Seriestha

Dewi Liana Seriestha
Dewi Liana Seriestha dilahirkan pada 7 September 1989. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia beliau berumur 25 tahun. Tinggi Dewi Liana Seriestha ialah 1.80m (5ft 11in). Beliau bekerja sebagai Penyanyi, Model,  Penulis Lagu dan Pelakon. 

Dewi Liana Seriestha berketurunan Indon-Bidayuh. Bapanya berbangsa Indonesia ialah seorang Pemuzik dan Penyanyi, Yudhi Seriestha dan ibunya berbangsa Bidayuh seorang Penyanyi Bidayuh, Catherine Noep Sigit. Tinggal di Kuching, Sarawak. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.

Dewi Liana Seriestha telah menyertai Pertandingan Miss World yang diadakan di Excel London di London, United Kingdom. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya dianugerahkan Miss World Talent yang merupakan anugerah yang pertama kali dimenangi oleh Malaysia. 

Dewi Liana Seriestha memperolehi Ijazah dalam Bidang National Accademy of Art, Culture and Heritage (ASWARA) pada Nov 2015.

Miss Universe Malaysia 2018 Larissa Ping

Larissa Ping
Larissa Ping dilahirkan pada 18 March 1999. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia  beliau berumur 19 tahun. Dalam pertandingan Miss Universe Malaysia beliau juga memenangi  Top Talent dan Ratu Fotogenik. Beliau bekerja sebagai model. Tinggi Larissa Ping ialah 1.72m (5ft 8in).

Larissa Ping berketurunan Chinese-Malaysia sebelah bapa dan Kenyah sebelah ibu.  Larissa Ping tinggal di Kuching, Sarawak.

Larissa Ping menyertai pertandingan Miss World di Sanya, China pada 8 Disember 2018  namun tidak membawa sebarang kemenangan.

Larissa Ping bersekolah di St. Joseph's Private School, Kuching Sarawak. Kemudian beliau melajutkan pelajaran di HELP University dan seterusnya University Of Malaya mengambil jurusan Undang-Undang. Beliau pernah mendapat lurus A dalam SPM dan dianugerahkan 100% School Achiever Scholorship Award (SASA) RM20,000 kerana mendapat 8 High Distinction dan 5 Distinction.

Miss Universe Malaysia 2020  Francisca Luhong James

Francisca Luhong James
Fracisca Luhong James@Francisca Luhong dilahirkan pada 14 Oktober 1995. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia beliau berumur 25 tahun. Tinggi Francisca Luhong ialah 1.75m (5ft 9in). Francisca Luhong berketurunan Orang Ulu-Iban. Bapanya James Bungan,  berbangsa Orang Ulu, Sungai Asap sementaranya ibunya Pauline Japok, orang Iban dari Kanowit.   

Beliau akan menyertai pertandingan Miss World di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Hollywood California pada 16 Mei 2021. Francisca Lugong James terpaksa pulang ke tanah air dengan tangan kosong apabila gagal untuk mendapatkan kedudukan top 21. Walaubagaimanapun umum tahu beliau telah melakukan yang terbaik.

Francisca Luhong melanjutkan pelajaran di University Teknologi Mara Shah Alam. Francisca Luhong pernah beberapa kali menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia namun nasib tidak meyebelahi beliau. Beliau cuma 4th Runner-up pada tahun 2016, Top 5 tahun 2018 dan akhirnya pada tahun 2020 beliau berjaya mendapat gelaran Miss Universe Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cili terpedas didunia cili hantu

koleksi mistik penarik rezeki

Merungkai misteri setiap persoalan 22 ' Lemon mencairkan lemak'