Catatan

Merungkai misteri setiap persoalan 4' Anjing berbulu hijau'

Imej
'Merungkai misteri setiap persoalan'  mempunyai pelbagai versi tentang kejadian  misteri yang berlaku disekeliling kita yang memerlukan penjelasan supaya dapat diterima oleh akal bukan dengan mempercayainya secara melulu. Jangan jadikan misteri tersebut mempermainkan hidup kita kerana kadangkala ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata. 1. Anjing berbulu hijau Kejadian anjing berbulu hijau memang susah untuk dipercayai, namun inilah yang berlaku di Pulau Sardina, Italia dimana lahir seekor anak anjing yang berbulu hijau berbeza dengan empat saudara kembarnya yang lain. Anjing itu dinamakan Pistacchio yang merujuk pada nama kacang hijau, milik seorang peternak domba bernama Cristian Malloci. Ini bukanlah kejadian yang pertama dilaporkan kerana pada Januari juga seekor induk anjing di North Carolina melahirkan seekor anak anjing berwarna hijau bernama Hulk dan pada 2017 kejadian serupa terjadi di Skotlandia. Menurut penjelasan dokt...

Merungkai misteri setiap persoalan 3 'Pari-pari'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 'Pari-pari'  mempunyai pelbagai versi tentang kejadian  misteri yang berlaku disekeliling kita yang memerlukan penjelasan supaya dapat diterima oleh akal bukan dengan mempercayainya secara melulu. Jangan jadikan misteri tersebut mempermainkan hidup kita kerana kadangkala ianya hanyalah cerita rekaan semata-mata. 1. Kisah Pari-pari@Fairy Sekitar awal abad ke-20, masyarakat Inggeris dikejutkan dengan lima gambar pari-pari yang dirakam dua kanak-kanak sepupu iaitu Frances Griffiths dan Elsie Wright di kawasan hutan wilayah Bradford, England.Kemunculan gambar luar biasa itu menyebabkan ramai percaya pari-pari adalah makluk yang benar-benar wujud di alam nyata. Dan kisah ini berlanjutan selama 65 tahun. Pada mulanya, ibu Elsie menunjukkan gambar pari-pari itu kepada penceramah ajaran spiritual Theosophy, Edward Gradner dan beliau terkejut kemudian menghantar gambar untuk dikaji lebih lanjut kepada pakar fotografi,...

Mimpi berkaitan dengan anggota badan

Imej
Sesetengah orang beranggapan bahawa mimpi hanyalah mainan tidur, namun ada juga segelintir orang percaya bahawa mimpi merupakan ramalan tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Walauapapun tanggapan kita, bersederhanalah dalam membuat sebarang tafsiran kerana takut akan menjejaskan kehidupan seharian kita. Ini hanyalah tafsiran semata-mata berkenaan dengan mimpi yang berkaitan dengan anggota badan dan terpulang dengan anda untuk bandingkan kehidupan anda dengan mimpi yang anda alami. Kepala Mimpi kepala sakit Alamat akan ada perubahan dalam hidup Mimpi memiliki kepala yang kecil Usaha anda akan gagal Mimpi memiliki kepala yang besar   Usaha anda akan berjaya Gigi Mimpi giginya tanggal sendiri pada bahagian atas Akan berdukacita kerana orang tua ditimpa kemalangan Mimpi gigi tanggal bahagian bawah Akan berdukacita kerana anak atau isteri meninggal dunia Mimpi mencabut gigi seseorang Menfaat kesusahan orang lain Mimpi mel...

Tali leher membahayakan kesihatan

Imej
Tali leher merupakan salah satu feksyen aksesori yang digayakan oleh lelaki tua, muda dan kaum wanita walaupun jarang dilihat. Pada kebiasaannya tali leher dipakai untuk menampakkan gaya yang lebih elegen dan segak. Penggunaan tali leher menggambarkan status pekerjaan seseorang malah digunakan terutama untuk menghadiri pesta atau perjumpaan rasmi. Namun ada juga yang memang tidak suka memakainya kerena merasa kurang selesa.  Terdapat pelbagai jenis tali leher dari kualiti kain yang digunakan dan corak dihasilkan untuk menarik perhatian ramai. Namun tidak ramai menyedari bahawa penggunaan tali leher boleh membahayakan kesihatan seperti kebutaan. Tali leher moden telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Asal usul tali leher bermula di zaman empayar Rom, di mana anggota Senat Rom terpaksa berucap dalam jangkamasa yang lama kepada ratusan penduduk. Untuk menahan kesejukkan dan menekan peti suara, mereka melilit skaf yang digelar fascalia pa...

Perkahwinan hantu kepercayaan masyarakat Cina

Imej
Perkahwinan Hantu atau dalam bahasa Cina 'Minghun'  lazimnya diamalkan oleh masyarakat Cina, Taiwan dan suku terpencil di Sudan. Perkahwinan ini dijalan oleh ahli keluarga untuk anak atau saudara yang meninggal ketika masih bujang atau pasangan kekasih yang telah bertunang tetapi salah seorang atau kedua-dua telah meninggal dunia. Pada awalnya amalan ini hanya melibatkan antara si mati yang telah meninggal namun sesetengah pengamalnya mula mengahwini seseorang yang masih hidup dengan yang sudah mati. Ini kerana  sesetengah keluarga percaya si mati yang dikebumikan tanpa pasangan akan menjalani kehidupan alam kematian yang tidak tenteram atau kesepian.  Suatu ketika dulu amalan ini amat terkenal namun sekarang amalan ini sudah jarang dilakukan malah upacara ini tidak diterima dalam ajaran Ortodoks Toisme. Malah sudah 70 tahun kerajaan di China telah mengharamkannya sebarang amalan ini. Mengikut adat Perkahwinan Hantu kedua-dua pihak keluarga akan mencari pakar agama 'Dan...

Senarai Bantuan Khas sayangku Sarawak 6.0(2021)

Imej
BKSS-Bantuan Khas Sayangku Sarawak 6.0 (2021) merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada penduduk Sarawak bagi membantu mengurangkan beban penduduk sarawak yang terjejas pendapatannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan di seluruh Sarawak bermula 29 Mei hingga 11 Jun 2021. Untuk maklumat semua permohonan baru tidak perlu dilakukan kerana data sebelum ini akan digunakan pakai. Permohonan rayuan hanya boleh dilakukan jika permohonan sebelum ini tidak layak.  Rayuan boleh di buat dengan melayari link>> https://bkss.sarawak.gov.my/ Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my Bayaran akan mula dibuat pada 31 Julai hingga 31 Disember 2021 (tempoh 6 bulan) S enarai BKSS 6.0 Untuk Rakyat Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40 selama tempoh 6 bulan. Bujang B40 yang berumur 21 tahun keatas akan dibayar secara one-off RM500 mulai 31 Ogos  Elaun petugas barisan hadapan (frontliner)selama 6 bulan. Ela...

Merungkai misteri setiap persoalan 9 'Warna merah membuat lembu marah'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 9 Warna merah membuat lembu marah'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. Warna merah membuat lembu marah Mungkin kita selalu mendengar bahawa memakai baju warna merah menyebabkan lembu marah terutamanya lembu jantan dan akan mengejar anda. Ini dapat dilihat apabila seorang matador yang sedang beraksi di gelanggang. Mengibar-ngibarkan kain berwarna merah untuk menarik perhatian dan mencabar lembu di gelanggang. Sehingga menyebabkan lembu jantan berlari kearah matador.  Hakikatnya lembu yang berlari kearah matador ketika mengibar-ngibarkan kain berwarna merah tidak ada k...