Catatan

Ubun-ubun menentukan tahap kesihatan bayi

Imej
Ubun-ubun atau fontanelle adalah celah lembut antara tengkorak bayi. Ia terbentuk apabila tulang kepala bayi masih lembut dan dalam proses untuk bercantum.Tengkorak yang lembut dan tidak bercantum sepenuhnya dapat membantu memberi ruang agar kepala bayi lebih fleksibel agar dapat melalui salur kelahiran dengan mudah.  Selain itu ubun-ubun juga memberi ruang kepada otak bayi untuk berkembang dengan pesat, terutama dalam 2 tahun pertamanya. Seiring waktu ubun-ubun akan menutup dengan sendirinya, sehingga tulang tengkorak terbentuk sepenuhnya. Ibu bapa yang pertama kali mendukung bayi mungkin akan berasa takut untuk memegang bayi, apatah lagi merasa ubun-ubun bayi namun tidak perlu risau kerana bayi tidak akan berasa sakit apabila anda menyentuh ubun-ubunnya selagi anda sentuh dengan lembut dan berhati-hati. Sentuhan boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu bapa dan bayi. Pada dasarnya kebanyakkan orang berfikir bahawa kepala bayi c...

Cara memilih menyimpan dan memasak sayuran supaya dapat mengekalkan nutrien

Imej
Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Pengambilan sayur-sayuran dalam diet seharian dapat melawan penuaan malah menurut kajian yang diterbitkan di Journal of the American Heart Association, para pengkaji mendapati bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran boleh menghalang pembentukan plak di dalam arteri seseorang dan ini boleh mengelakkan risiko yang lebih rendah untuk penghidap penyakit jantung. Malah terdapat banyak lagi khasiat sayur-sayuran dalam diet seharian yang patut kita pertimbangkan.    Walaupun pengambilan sayur-sayur adalah sangat penting dalam diet seharian tetapi cara pemilihan, penyimpanan dan proses memasak sayuran juga boleh menentukan tahap keberkesanan sayur-sayuran tersebut untuk kesihatan seharian.  Dalam pemilihan sayur-sayuran terdapat beberapa tips yang harus ditekan. Belilah sayur-sayuran yang sekadar cukup dimakan dalam tempoh beberapa hari bagi mengelakkan sayur-sayuran disimpan terlalu lama. Sayur-s...

Cara cari jodoh yang unik di seluruh dunia

Imej
Tidak dinafikan mencari jodoh yang sesuai adalah menjadi salah satu masalah bagi sesetengah orang. Apatah lagi mencari jodoh yang sesuai dengan keinginan dan citarasa. Namun terdapat beberapa tradisi yang unik diseluruh dunia dalam mencari jodoh, dan amalan tradisi ini masih berterusan walaupun dizaman yang serba moden dan canggih.  1.Bomena@Pemburu gadis@Love hunting Bomena merupakan tradisi cari jodoh yang diamalkan di Butan bagian timur di Wilayah pendesaan sejak berabad-abad silam sehingga sekarang dan tidak ditelan zaman.  Apa yang menarik dan unik tentang tradisi Bomena ini ialah dimana, para lelaki yang berumur 17 tahun dan keatas dibenarkan untuk berkeliaran di malam hari untuk mencari jodoh dengan memburu gadis dimalam hari.  Para lelaki akan menyelinap masuk ke kamar para gadis yang mereka inginkan secara diam-diam untuk meyakinkan sang gadis meniduri sekaligus melakukan hubungan asmara, tetapi jika sang gadis  menolak untuk melakukan hubungan asmara maka s...

Fakta disebalik BLACKPINK

Imej
BLACKPINK ialah gabungan Black(Hitam)+Pink(Merah jambu), bukan hanya sekadar penyatuan dua warna tetapi juga mempunyai maksud yang lebih mendalam dimana perbezaan dua warna yang ketara, menggambarkan kecantikan bukanlah segala-galanya tetapi pada masa yang sama melambangkan bakat mereka. BLACKPINK mempunyai subscribers terbanyak di Youtube iaitu sebanyak 19 juta. Mereka mengalahkan Kumpulan 'Fifty Harmony' dan juga "Little Mis" di peringkat antarabangsa malah Muzik video mereka "Ddu-du-ddu-du' memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop "boy band' BTS dengan memperolehi 674.4juta tontonan setakat 21 Februari 2019. Peminat BLACKPINK dikenali sabagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya, dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokongan mereka yang berterusan. Turut mempunyai rancangan realiti mereka sendiri yang bertajuk 'BLACKPINK House' 12 episod semasa percutian...

Tafsiran cantik bagi setiap orang

Imej
Tafsiran cantik bagi setiap orang adalah berbeza kerana semua terpulang dengan pandangan setiap individu. Cantik boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu kecantikkan semulajadi dan kecantikan kosmetik. Pada umumnya kecantikan semula jadi adalah kecantikan yang tidak memerlukan biaya yang mahal untuk kelihatan cantik. Kecantikan semulajadi adalah kecantikan azali yang tidak memerlukan sebarang perubahan yang drastik dan ianya adalah penerimaan seadanya ciptaan Tuhan.  Namun, terdapat segelintir yang merasakan ciptaan Tuhan belum cukup sempurna sehingga mereka mengubahnya. Kecantikan kosmetik semestinya memerlukan kos yang tinggi dan biasanya individu tersebut memilih perubahan yang dilakukan sehingga mereka berasa puas dan bahagia. Terdapat beberapa kecantikan kosmetik yang dianggap tidak munasabah. 1.Bibir terbesar Gadis bernama Andrea Ivanova berasal dari Bulgaria berusia 22 tahun telah memulakan sutikan bibir sejak tahun 2018 dengan obsessinya untuk menandingi bibir Kyle Jenner....

Maksud disebalik kain Pua Kumbu dalam masyarakat Iban

Imej
Dayak Iban@Sea Dayak adalah bangsa tertua di Sarawak Borneo dan juga dipercayai tertua di Asia Tenggara. Ini berdasarkan bukti penemuan tengkorak purba di Gua Niah Sarawak yang disahkan mirip dan sama dengan DNA tengkorak Iban yang berusia 40,000-65,000 tahun SM yang diambil dari perkuburan Iban lama di sebuah rumah panjang Iban.  Panggilan Sea Dayak kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 - 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat dalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai 'Vikings of Eastern Sea' dan 'King of Sea Borneo' Kebanyakkan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu dari koleksi barangan yang menjadi kebanggaan mas...

Penderaan Kanak-kanak versi 1

Imej
Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya  1.  Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 ...