Cara cari jodoh yang unik di seluruh dunia
Tidak dinafikan mencari jodoh yang sesuai adalah menjadi salah satu masalah bagi sesetengah orang. Apatah lagi mencari jodoh yang sesuai dengan keinginan dan citarasa. Namun terdapat beberapa tradisi yang unik diseluruh dunia dalam mencari jodoh, dan amalan tradisi ini masih berterusan walaupun dizaman yang serba moden dan canggih.
1.Bomena@Pemburu gadis@Love hunting
Apa yang menarik dan unik tentang tradisi Bomena ini ialah dimana, para lelaki yang berumur 17 tahun dan keatas dibenarkan untuk berkeliaran di malam hari untuk mencari jodoh dengan memburu gadis dimalam hari.
Para lelaki akan menyelinap masuk ke kamar para gadis yang mereka inginkan secara diam-diam untuk meyakinkan sang gadis meniduri sekaligus melakukan hubungan asmara, tetapi jika sang gadis menolak untuk melakukan hubungan asmara maka sang lelaki akan cuba memburu gadis lain atau balik ke rumah. Terdapat juga para lelaki yang melakukan aktiviti bomena atas persetujuan sang gadis dan telah menetapkan temu janji.
Ada juga yang mengatakan, jika sang lelaki itu kekal dalam bilik gadis tersebut hingga pagi maka hubungan mereka akan dipersetujui oleh orang tua mereka dan akan segera dinikahkan. Terdapat juga lelaki yang diberi amaran supaya jangan kembali kerana hubungan mereka tidak direstui oleh orang tua gadis tersebut. Di sisi lain pula, jika sang lelaki menyelinap keluar dari bilik gadis tersebut ketika masih gelap maka gadis tersebut dan keluarganya boleh menyalahkan sang lelaki dan keluarganya. Malah lelaki yang dinikahi oleh sang gadis akan dijadikan orang suruhan gadis tersebut dan keluarganya.
Namun untuk melakukan Bomena bukanlah perkara yang mudah kerana para lelaki harus melakukan aktiviti tersebut ditengah kegelapan malam ditambah lagi dengan beberapa halangan lain seperti ciri-ciri keselamatan yang terdapat dirumah gadis tersebut. Jadi, para lelaki harus berusaha dengan pelbagai cara supaya dapat masuk ke bilik gadis tersebut.
Kesan buruk dari aktiviti ini juga boleh dilihat apabila terdapat beberapa kes kelahiran bayi luar nikah dan ibu tunggal. Walau bagaimanapun tradisi ini masih diamalkan sehingga sekarang dan bagi mengatasi hal ini, beberapa undang-undang diperkenalkan untuk melindungi para gadis. Malah rumah harus dikunci dengan mangga untuk mencegah pemburu masuk.
2. Pondok cinta@Love Hut
Pondok cinta ini dibina tidak jauh dari rumah orang tua gadis tersebut menggunakan buluh. Anak gadis mereka yang berumur 15 tahun keatas atau gadis yang sudah dara akan tinggal disana sehingga gadis tersebut menemukan jodoh mereka.
Tujuan pondok cinta ini dibina ialah memberikan ruangan peribadi khas untuk anak gadis mereka bersosial dan melakukan hubungan asmara dengan mana-mana lelaki sampai mereka dapat menemui jodoh yang mereka rasakan serasi bersama atau supaya mereka bisa mendapatkan lelaki yang tepat. Malah para gadis tersebut boleh memiliki banyak pancar dan boleh bersama lebih dari satu laki pada satu masa tanpa ada rasa cemburu atau perkelahian di kalangan para lelaki . Gadis tersebut berhak memilih dengan siapa mereka ingin bersama atau berasmara tanpa ada unsur paksaan atau kata lain mesti atas kerelaan gadis tersebut. Ini juga dalam mendidik anak gadis mereka supaya lebih bertanggungjawab dalan soal perkahwinan. Jika mana-mana lelaki didapati bertindak secara agresif maka mereka akan dikenakan hukum adat.
'Perawan atau Pelacur ' bukan menjadi permasalahan bagi suku Kreung kerana bagi mereka apa yang penting adalah menemukan orang terbaik untuk melanjutkan hidup dan membentuk keluarga. Memang tidak dinafikan terdapat kes kelahiran bayi luar nikah namun para gadis tidak perlu risau kerana para gadis sudah didik untuk menjaga diri sendiri dan bayi mereka ditambah lagi dengnn bantuan tua gadis tersebut. Malah jika dalam tempoh tersebut anak gadis mereka hamil, tetapi lelaki tersebut tidak ingin bertanggungjawab maka lelaki lain sedia bertanggungjawab dan akan tetap menguruskan anak yang dikandung gadis tersebut seperti anaknya sendiri tanpa mempersoalkan perihal bayi itu.
Walaupun tradisi pondok cinta semakin memudar seiring dengan perubahan zaman malah dengan kemasukkan budaya Khmer yang melarang terjadinya hubungan seks di luar pernikahan. Tradisi ini masih diamalkan sehingga sekarang tapi kebiasaan orang tua tidak akan membina pondok cinta tetapi menyediakan bilik khas untuk anak gadis mereka dalam rumah dimana orang tua akan lebih mengawasi anak gadis mereka supaya anak gadis mereka bersama dengan jejaka yang baik dan bagi mengelakkan anak gadis mereka bersama dengan banyak lelaki.
Bagaimana pendapat anda dengan tradisi cari jodoh ini.
Ulasan
Catat Ulasan