Catatan

Ajinomoto untuk kesihatan

Imej
Ajinomoto@ Monosodium Glutamat (MSG)@Micin tidak nafikan menjadikan salah satu penguat rasa makanan yang menambahkan lagi kelazatan dalam masakan dan makanan terutama dalam makan ringan. Namun seringkali menjadi persoalannya ialah adakah pengambilan ajinomoto boleh menjejaskan kesihatan atau tidak? Ajinomoto merupakan salah satu daripada perasa kelima yang dikenali sebagai 'umami' selain empat perasa yang sudah biasa kita kenali iaitu masam, manis, masin dan pahit. Perasa ajinomoto sangat unik kerana ianya adalah gabungan empat perasa dalam satu masa. Kini terdapat terdapat pelbagai jenis ajinomoto yang terdapat dalam pasaran namun tujuannya tetap sama iaitu sebagai penguat rasa makanan.   Ajinomoto ditemui pada tahun 1908 oleh seorang Professor Kikunae Ikeda dari Jepun. Beliau menemuinya dari ekstrak rumpai laut. Beliau mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam ajinomoto yang dipanggil glutamat dan rasa ini berlainan dengan rasa garam . Glutamat adalah sejenis asam amin...

Syarat kemasukan ke Universiti Awam lepasan SPM

Imej
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata National (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019. Beliau turut mengatakan ini adalah pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun dimana pencapaian luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.  Walaupun negara berdepan dengan Covid-19 dimana turut terjejas ialah sistem Pendidikan Negara namun ianya tidak menjejaskan kualiti para pelajar dalam mengejar ilmu sehingga mendapat keputusan ujian yang membanggakan. Semestinya para pelajar sekarang sibuk mempersiapkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita dan harapan. Dan adalah menjadi kebanggan ibubapa untuk melihat anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran.  Sebelum melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lebih baik para pelajar dan ibubapa menyemak senarai Un...

Upacara pengebumian dan kematian yang ekstrem

Imej
Kematian adalah satu dari kejadian alam yang harus diterima oleh maklukh yang hidup di muka bumi, kerana dunia ini hanyalah. tempat persinggahan sementara. Bagi memperingati kematian seseorang dalam kehidupan, terdapat pelbagai upacara pengebumian mengikut fahaman kebudayaan yang terdapat diseluruh dunia dilakukan. Kadangkalan cara yang mereka lakukan susah untuk diterima akal namun setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menzahirkan sesuatu perkara. 1. Upacara potong hujung jari Masyarakat Dani dari Papua Barat, New Gunie mengiringi kematian saudara terdekat dengan melakukan salah satu upacara ekstrem dengan memotong hujung jari-jari mereka. Mereka percaya kesakitan fizikal yang mereka lalui sebagai tanda kesedihan, penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Kebanyakkan yang melakukan  upacara ini ialah kaum wanita. Sebelum memotong hujung jari , mereka akan mengikat hujung jari dengan tali sehingga hujung jari rasa kebas dan penat. Kemudian memotongn...

Merungkai misteri setiap persoalan 5

Imej
Menjadi ibu sememangnya adalah keinginan setiap wanita terutama yang sudah berumah tangga. Kadangkala menjadi ibu adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh para doktor di sebabkan oleh beberapa faktor terutama disebabkan oleh faktor kesihatan namun semuanya tidak mustahil jika itu adalah kehendak Tuhan Maha Pencipta. Terdapat beberapa kehamilan yang mustahil tapi berlaku di seluruh dunia. 1. Wanita Lahirkan 10 bayi kembar Seorang wanita berasal dari Pretoria, Afrika selatan bernama Gosiame Thamara Sithole 37 tahun telah melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets menerusi proses pembedahan.  Mengikut laporan laman berita United Press International, Gosiame dipercayai sebagai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling banyak dalam satu masa. Malah pasangan suami isteri tersebut mengaku bahawa Gosiame hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan. Doktor di Hospital Pretoria pada asalnya men...

Merungkai misteri setiap persoalan 7

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 7 merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Kucing mempunyai sembilan (9) nyawa. Kucing moden dan kucing mesir kuno Kucing merupakan sejenis binatang yang banyak dipelihara dan banyak terdapat di jalan maupun sekitar kita. Bukan saja mempunyai muka yang comel namun kucing turut menjadi peneman manusia. Kucing dipelihara sejak masa Mesir Kuno lagi, bahkan dianggap penting oleh masyarakat Mesir Kuno. Kucing di Mesir Kuno diwakili dalam amalan sosial dan keagamaan selama lebih 3,000 tahun. Beberapa dewa-dewa Mesir Kuno digambarkan dan diukir dengan kepala kucing seperti Mafdet,...

Tafsiran mimpi tentang rambut dalam kehidupan seharian

Imej
Rambut merupakan salah satu daripada aset penampilan seharian. Setiap individu mempunyai pelbagai fesyen rambut yang digayakan mengikut keinginan dan citarasa masing-masing. Namun sedarkah kita bahawa bermimpi tentang rambut merupakan salah satu mimpi yang sering kita alami. Bermimpi tentang rambut boleh ditafsir dari pelbagai sisi dan terpulang kepada penerimaan setiap individu. Sesetengah orang beranggapan bahawa mimpi hanyalah mainan tidur, namun ada juga berpendapat bahawa mimpi merupakan ramalan tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Walauapapun tanggapan kita, bersederhanalah dalam membuat sebarang tafsiran kerana takut akan menjejaskan kehidupan seharian kita. Terdapat beberapa mimpi tentang rambut yang harus kita fahami. Baik Mimpi berambut putih   Akan beroleh keuntungan dalam usaha dan berumur panjang. Mimpi melihat rambut kerinting   Masalah cinta akan berakhir dengan kebahagian Mimpi melihat melihat l...

Kristen yang benar dan bidat Kristen

Imej
Kekristenan atau Kristianitas atau agama Kristen adalah agama Abraham monoteistik berasaskan riwayat hidup dan ajaran Yesus Kristus, yang merupakan inti sari agama Kristen. Agama Kristen adalah agama terbesar di dunia dengan lebih 2.4m penganutnya atau 33% daripada populasi global, yang disebut "Umat Kristen", atau "Umat Kristus". Agama Kristen yang benar adalah agama yang mempunyai beberapa pendirian utama dan jika mengimani di luar konteks yang ditetapkan oleh agama Kristen dianggap sebagai "Bidat" Kristen.  Bidat bermaksud suatu ajaran atau aliran yang menyimpang dari ajaran resmi. Terdapat banyak lagi bidat agama Kristen selain yang dinyatakan jadi orang ramai terutama penganut agama Kristen harus berhati-hati kerana walaupun mereka mengaku bahawa mereka beragama Kristen namun mereka menyimpang dari ajaran Kristen yang sebenarnya. AGAMA KRISTEN YANG BENAR 1. Mengimani Kitab Suci Bible (Perjanjian Lama da...