Catatan

Merungkai misteri setiap persoalan 6 'Gerhana bulan penuh'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 6 'Gerhana bulan penuh'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul.  Gerhana Bulan Penuh@Super Flower Blood Moon Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit. Fenomena ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee). Ia berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.  Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian...

3 Miss Universe Malaysia yang berasal dari Sarawak

Imej
 Pertandingan Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan ratu cantik yang berprestij di Malaysia. Peserta pertandingan Miss Universe Malaysia datang dari pelbagai negeri dalam Malaysia.  Peserta yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia secara automatik layak menyertai pertandingan Miss World dimana peserta pertandingan datang dari pelbagai negara. Dan penganjurannya juga diadakan di pelbagai negara. Sarawak merupakan salah satu negeri  dalam Malaysia yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia dan sekaligus bawa penyertaan ke Miss World. Orang Sarawak harus bangga dengan pencapaian tersebut. Mereka telah membawa Sarawak ke mata dunia. Miss Universe Malaysia 2014 Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha dilahirkan pada 7 September 1989. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia beliau berumur 25 tahun. Tinggi Dewi Liana Seriestha ialah 1.80m (5ft 11in). Beliau bekerja sebagai Penyanyi, Model,...

Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar Bank Rakyat

Imej
Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, M40, T20, Mikro-i dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini. Bantuan bayaran pembiayaan bersasar untuk program bantuan bayaran pembiayaan bersasar pelanggan B40 Pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebihi 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut: Pembiayaan Peribadi-i Pembiayaan Perumahan-i Pembiayaan Kenderaan-i Sewa Beli Kenderaan-i Pembiayaan Pendidikan-i Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Ka...

Wajarkah membiarkan lampu minyak kereta berkelip

Imej
Memandu dengan lampu minyak berkelip atau bernyala, bererti bahawa anda memandu dengan tangki minyak yang minima. Tidak perlu panik kerana apabila lampu minyak kereta berkelip anda masih ada baki perjalanan kira-kira 60KM lagi. Tetapi harus diingatkan bahawa apabila minyak pada paras yang minima, sebahagian besar fuel pump tidak berendam di dalam minyak, berbanding tangki yang berisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa dan ini mendedahkan kereta anda kepada kerosakan fuel pump. Fungsi fuel Pump adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar ke relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem. Apabila meter minyak berada di paras E dimana kebanyakkan orang berfikir bermaksud ( Empty ) tapi maksud sebenarnya ialah ( Enough ) dimana lampu minyak mula berkelip, kenderaan masih boleh mencapai perjalanan sejauh 60KM. Ji...

ekosistem keusahawanan MARA

Imej
MARA menfokuskan kepada kelestarian usahawan dalam perniagaan yang mereka ceburi.  Pertumbuhan perniagaan (memberi sokongan kepada perniagaan yang berpotensi untuk meluaskan pasaran dalam dan luar negara).  Pembangunan usahawan baharu, memberi fokus kepada modal insan yang dibangunkan melalui ekositem pendidikan dan latihan MARA. Syarat-syarat pendaftaran dan permohonan pembiayaan: No.KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL. No.KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT). No.KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN.BHD Sila rujuk kepada  Soalan Lazim (FAQ)  bagi soalan umum permohonan pembiayaan. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiM dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan. Muat turun   Se...

Pinjaman Pendidikan MARA untuk semua golongan umur

Imej
PENDIDIKAN MARA adalah satu usaha berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang.   Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar selain Program Cemerlang lepasan MARA. Pertimbangan pinjaman pelajaran adalah kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja, tertakluk kepada Sosio Economic Status (SES) keluarga. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pendapatan bulanan keluarga kurang atau sama dengan RM8,000.00 Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) Pendapatan bulanan keluarga RM8,001.00-RM15,000.00 Yuran Pengajian sahaja Pendapatan bulanan keluarga lebih besar atau sama dengan RM15,000.01 Skim MARA-Bank / PTPTN Keutamaan pinjaman diberikan kepada pelajar dari keluarga golongan luar bandar / bandar yang berpendapatan rendah (B40 & M40). Permohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / bumiputera dan warganegara Malaysia. Pengajian...

Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'

Imej
Merungkai misteri setiap persoalan 11 'Rahsia telur ayam'  merupakan salah satu daripada koleksi bersiri "Merungkai misteri setiap persoalan" yang berlaku di sekeliling kita dan memberi jawapan dan penjelasan yang kukuh dalam setiap misteri supaya ia dapat diterima secara waras oleh akal fikiran. Semoga ia dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan semoga penjelasan yang diberikan dapat merungkai misteri yang timbul. 1. Ayam betina menghasilkan telur tanpa ayam jantan Ayam bertelur tanpa ayam jantan mungkin menjadi tanda tanya. Jadi mari kita rungkai apa sebenarnya yang berlaku.  Telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam telur biasanya adalah telur yang tidak disenyawakan ini kerana ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telur yang kita makan.  Seperti kebanyakkan haiwan peringkat tinggi, ayam betina mempunyai ribuan ovum dalam ovarinya. Ayam dewasa yang sedia untuk bertelur (berusia lebih kurang 6 bulan) akan mempunyai beberapa ovum yang mula berke...