3 Miss Universe Malaysia yang berasal dari Sarawak
Pertandingan Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan ratu cantik yang berprestij di Malaysia. Peserta pertandingan Miss Universe Malaysia datang dari pelbagai negeri dalam Malaysia. Peserta yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia secara automatik layak menyertai pertandingan Miss World dimana peserta pertandingan datang dari pelbagai negara. Dan penganjurannya juga diadakan di pelbagai negara. Sarawak merupakan salah satu negeri dalam Malaysia yang berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia dan sekaligus bawa penyertaan ke Miss World. Orang Sarawak harus bangga dengan pencapaian tersebut. Mereka telah membawa Sarawak ke mata dunia. Miss Universe Malaysia 2014 Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha Dewi Liana Seriestha dilahirkan pada 7 September 1989. Semasa memenangi pertandingan Miss Universe Malaysia beliau berumur 25 tahun. Tinggi Dewi Liana Seriestha ialah 1.80m (5ft 11in). Beliau bekerja sebagai Penyanyi, Model,...