Catatan

Fakta disebalik BLACKPINK

Imej
BLACKPINK ialah gabungan Black(Hitam)+Pink(Merah jambu), bukan hanya sekadar penyatuan dua warna tetapi juga mempunyai maksud yang lebih mendalam dimana perbezaan dua warna yang ketara, menggambarkan kecantikan bukanlah segala-galanya tetapi pada masa yang sama melambangkan bakat mereka. BLACKPINK mempunyai subscribers terbanyak di Youtube iaitu sebanyak 19 juta. Mereka mengalahkan Kumpulan 'Fifty Harmony' dan juga "Little Mis" di peringkat antarabangsa malah Muzik video mereka "Ddu-du-ddu-du' memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop "boy band' BTS dengan memperolehi 674.4juta tontonan setakat 21 Februari 2019. Peminat BLACKPINK dikenali sabagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya, dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokongan mereka yang berterusan. Turut mempunyai rancangan realiti mereka sendiri yang bertajuk 'BLACKPINK House' 12 episod semasa percutian...

Tafsiran cantik bagi setiap orang

Imej
Tafsiran cantik bagi setiap orang adalah berbeza kerana semua terpulang dengan pandangan setiap individu. Cantik boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu kecantikkan semulajadi dan kecantikan kosmetik. Pada umumnya kecantikan semula jadi adalah kecantikan yang tidak memerlukan biaya yang mahal untuk kelihatan cantik. Kecantikan semulajadi adalah kecantikan azali yang tidak memerlukan sebarang perubahan yang drastik dan ianya adalah penerimaan seadanya ciptaan Tuhan.  Namun, terdapat segelintir yang merasakan ciptaan Tuhan belum cukup sempurna sehingga mereka mengubahnya. Kecantikan kosmetik semestinya memerlukan kos yang tinggi dan biasanya individu tersebut memilih perubahan yang dilakukan sehingga mereka berasa puas dan bahagia. Terdapat beberapa kecantikan kosmetik yang dianggap tidak munasabah. 1.Bibir terbesar Gadis bernama Andrea Ivanova berasal dari Bulgaria berusia 22 tahun telah memulakan sutikan bibir sejak tahun 2018 dengan obsessinya untuk menandingi bibir Kyle Jenner....

Maksud disebalik kain Pua Kumbu dalam masyarakat Iban

Imej
Dayak Iban@Sea Dayak adalah bangsa tertua di Sarawak Borneo dan juga dipercayai tertua di Asia Tenggara. Ini berdasarkan bukti penemuan tengkorak purba di Gua Niah Sarawak yang disahkan mirip dan sama dengan DNA tengkorak Iban yang berusia 40,000-65,000 tahun SM yang diambil dari perkuburan Iban lama di sebuah rumah panjang Iban.  Panggilan Sea Dayak kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang Iban di lautan pada kurun ke 17 - 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat dalam sejarah maritim bangsa Eropah sebagai 'Vikings of Eastern Sea' dan 'King of Sea Borneo' Kebanyakkan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Salah satu dari koleksi barangan yang menjadi kebanggaan mas...

Penderaan Kanak-kanak versi 1

Imej
Penderaan kanak-kanak memang tidak asing lagi. Seringkali yang melakukannya adalah ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Tatkala pasangan yang tidak di anugerahkan cahayamata merintih inginkan cahayamata namun ada segelintir pasangan yang di anugerahkan cahayamata tidak menghargainya. Anak-anak yang patut disayangi, didera sehingga kehilangan nyawa. Dimanakah hati nurani mereka sebagai ibubapa yang seharusnya menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak kenapa manusia yang diberi akal fikiran yang sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Apa yang pastinya setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya  1.  Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017 ...

Maksud Perayaan Hantu Lapar

Imej
Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Yu Lan (Mandarin) dan Phor Thor (Hokkien) telah disambut setiap tahun selama 135 tahun. Perayaan Hantu Lapar mengikut kalendar cina, bermula 19 ogos sehingga 2 September setiap tahun. Pada bulan tersebut, pintu neraka akan dibuka dan hantu lapar akan berkeliaran di dunia manusia. Manusia akan dicederakan jika menyinggung perasaan hantu. Oleh itu, masyarakat Cina akan memberi 'persembahan' kepada roh-roh yang telah meninggal di tepi jalan sebagai tanda hormat kepada hantu. Selain colok, wang kertas olok-olok dan  makanan, persembahan Opera Cina juda turut diadakan.   Sepanjang Perayaan Hantu Lapar diadakan terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi untuk mengelakkan menyinggung perasaan hantu kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, hantu akan cuba membawa seseorang untuk pergi ke neraka bersama-sama pada hari tersebut. Tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam kerana ia akan menarik perhatian hantu lapar kepada ...

Punca Ketegangan Israel-Palestine

Imej
Israel-Palestin   Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa hari terakhir Ramadan akibat konflik yang meningkat di Baitulmaqdis Timur antara penunjuk perasaan Palestine dan pasukan polis Israel. Secara umumnya ketegangan antara Israel dan Palestin telah bermula sejak sekian lama dan seolah-olah tiada penghujungnya.  Terdapat beberapa fakta -fakta sejarah yang harus kita kaji dan membuka minda untuk lebih terbuka dalam membuat sebarang penilaian. BAITULMAQDIS TIMUR kota rebutan Baitulmaqdis@Baitulmuqaddis@Aelia Capitolina@Yerusalem ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Memainkan peranan penting bagi Agama Kristian, Agama Yahudi dan Agama Islam. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Agama Yahudi dan merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam. Merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah ketika Muhammad masih hidup. Sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya dikelilingi dengan tembok yang dibina ...

Peluang mendapatkan anak melalui rawatan IVF

Imej
Persenyawaan Tabung Uji @ In Vitro Fertilizer (IVF)   merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim. Telur yang telah disenyawakan kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan maklamat kehamilan. IVF merupakan rawatan teknologi yang digunakan untuk merawat kemandulan apabila kaedah semulajadi tidak berkesan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Ada juga pasangan yang melakukan rawatan IVF untuk mendapat anak kembar atau juga supaya mereka dapat memilih jantina bayi yang ingin dilahirkan. Walaupun bagaimanapun tidak semua rawatan IVF akan berjaya kerana ianya bergantung kepada beberapa sebab antaranya ialah tahap kesihatan, usia dan guna pemilihan tempat untuk mendapatkan rawatan. Bayi tabung uji pertama, Louise Brown telah dilahirkan pada tahun 1978. rawatan IVF Rawatan IVF telah membantu banyak pasangan diseluruh dunia yang mengalami masalah untuk mendapatkan anak. Walaupun kosnya mahal tapi terdapat pasangan yang sanggup mengeluarkan wang men...